Archive for June, 2008

Forum Mencanai Minda

Posted in PK Politik, PK Semasa on June 20th, 2008 by yiemega

 

Forum Mencanai Minda ‘ Suntikan Semangat Satria Pasca PRU Ke 12 ‘ Anjuran Rakyat Cengal Selatan (8 Parlimen)

Tempat : Hotel Angsoka Teluk Intan Perak

Jam : 2.00 Petang - 4.30 Petang Bersama Tan Sri Sanusi Junid,

Datuk Paduka Ibrahim Ali dan Datuk Ruhanie Ahmad.

22 Jun 2008 (Ahad)

 

Jam : 4.30 - 7.30 Petang Program Sepetang Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Pimpinan Akar Umbi Perak Selatan.

Semua Di Jemput Hadir.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Ku Li: Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ‘Cacat’ (Kurang upaya), tawar diri untuk pimpin UMNO dan betulkan keadaan

Posted in PK Politik, PK Semasa on June 16th, 2008 by yiemega

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan bahawa Kepimpinan PMFlip-FlopDato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal ujudkan Malaysia yang ekonominya makmur, walaupun negara ini mempunyai sumber yang banyak dan potensi yang amat besar.

Beliau berucap dalam majlis anjuran Cawangan UMNO Gombak di K Klub, Paradise Century Club, Taman Melawati, Ulu Kelang pagi ini.

“Kita mempunyai kekayaan dan masa lepas kita berjaya bangunkan ekonomi dan kesanya, masyarakat membangun, terutama orang Melayu. Hari ini, walaupun harga kommoditi tinggi, tapi kesan kenaikan harga petrol melonjak inflasi dan sudah member kesan negatif kepada rakyat”, sambil merujuk kepada kuasa pembelian menjadi kecil.

Beliau merumuskan Kepimpinan ‘gagal’ kerana:

1.Keadaan politik yang tidak menentu

2. Kedudukan ekonomi dalaman menurun, inflasi naik, produktiviti kurang, gaya hidup menurun dan simpanan makin tiris

3. Selepas PRU 12, menyaksikan bahawa kedudukan Melayu yang selama ini diperjuangkan UMNO mula dicabar oleh Bukan Melayu dan orang Melayu ‘pertengahan’ dan berfahaman liberal

Beliau menyifatkan Kepimpinan yang ada sebagai ‘cacat’ (kurang upaya) dan mengesa ianya ditukarkan segera, demi kesejahteraan negara dan kepentingan orang Melayu. “UMNO itu masih relevan kerana berjaya memperjuang dan meningkatkan orang Melayu. Hanya Kepimpinan sahaja yang tidak relevan!”.

Beliau juga menjelaskan bahawa hak parti dan ahli untuk menentukan Kepimpinan dan bukan hak pemimpin untuk menentukan siapa yang layak memimpin, sambil member rujukan mengenai plan ‘Peralihan Kuasa’ yang diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kepada Timbalan Presiden UMNO DatoSeri Mohd. Najib Tun Razak beberapa hari lepas tanpa mengumumkan jadual sebenar.

Dengan itu, beliau menawarkan diri untuk memimpin parti dan berazam untuk membetulkan keadaan dan berikrar akan memberikan orang lain memimpin apabila tugasnya selesai, yang dijangkakan dalam tempoh jangkasamasa serdehana.

Beliau mengingatkan sekiranya keadaan tidak dibaiki segera, rakyat semakin resah dan gaya hidup yang semakin sempit, maka dikhuatitri akan berlaku keadaan tidak ketentuan yang akan meninggalkan kesan negatif kepada negara dan rakyat “Selagi tidak selesai, hak dan keperluan rakyat yang berbeza ini, nanti akan timbul isu perkauman dan mungkin akan menjadi situasi yang huru hara. Ini akan merugikan semua dan membawa kita kebelakang”.

dipetik dari:

http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Beri Peluang Pada Tengku Razaleigh Membuat Reformasi Ekonomi Negara

Posted in PK Politik, PK Semasa on June 8th, 2008 by yiemega

Kenaikkan harga minyak yang paling tinggi di dalam sejarah telah dicatatkan di dalam sejarah Malaysia beberapa hari lalu yang juga merupakan yang tertinggi di dalam lima era Perdana Menteri. Jelas sekali Perdana Menteri sekarang ini tidak berupaya untuk membuat perancangan ekonomi agar kenaikkan harga minyak dunia tidak membebankan rakyat Malaysia yang juga merupakan negara pengeluar minyak.

Kesilapan besar Perdana Menteri sekarang ini ialah tindakan beliau yang mengapungkan matawang Malaysia iaitu Ringgit Malaysia yang sebelum ini ditambat pada kadar RM3.80 telah dibebaskan dan mungkin akan ada spekulator asing akan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan nilai Ringgit dalam masa yang sama akan menjatuhkan ekonomi Malaysia.

Pada pandangan penulis formula ekonomi yang digunakan oleh Perdana Menteri sekarang ini iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berhasil dan telah mengakibatkan rakyat terbeban dengan suasana ini. Jadi Reformasi Ekonomi hendaklah dibuat agar rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikkan harga minyak dunia ini dan mengoleh mengakibatkan bukan sahaja rakyat ‘naik minyak’ tetapi juga ada yang sanggup membakar diri kerana tidak tertahan dengan kos sara hidup yang mencanak naik pada masa ini.

Reformasi Ekonomi boleh dilakukan oleh orang yang betul-betul pakar dengan Ekonomi yang sudah ada di dalam UMNO itu sendiri. Setakat ini, orang yang benar-benar boleh membuat reformasi ekonomi dan pernah di uji keupayaan pengurusan ekonominya ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Datuk Mustapha Mohammad.

Namun pilihan yang lebih bijak tentulah Tengku Razaleigh Hamzah memandangkan beliau pernah memegang jawatan Menteri Kewangan sebelum ini. Malah dia bebas dari pengaruh keluarga dan kroni memandangkan beliau tiada anak dan di dalam masa yang sama beliau tiada menantu.

Ketokohan dan Ketegasan Tengku Razaleigh sememangnya diperlukan untuk menstabilkan ekonomi negara yang terjejas terus selepas mengguna pakai Formula Ekonomi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada masa ini. Jadi berilah peluang kepada Tengku Razaleigh untuk berkhidmat kerana kata orang “belum cuba, belum tau”.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kemenangan Tengku Razaleigh Satu Kemenangan Rakyat

Posted in PK Politik, PK Semasa on June 7th, 2008 by yiemega

Di dalam suasana Ekonomi yang tidak menentu ini sudah tentunya kita memerlukan seorang Pakar Ekonomi di dalam membuat penyusunan semula Ekonomi negara. Bagi mengurangkan pemindahan bebanan ekonomi Kerajaan kepada rakyat jelata khasnya.

Kenaikkan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri Sekarang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memberi kesan yang mendalam kepada rakyat jelata khusunya rakyat jelata yang masih hidup “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” mungkin juga kenaikkan harga minyak ini tidak memberi kesan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdeni dan Para Menteri Kabinet kerana perbelanjaan mereka semuanya ditanggung oleh kerajaan.

Penulis juga setuju dengan pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohammad bahawa kerajaan sepatutnya ada alternatif lain selain daripada menaikkan harga minyak yang juga boleh disifatkan melampau. Kenaikkan harga minyak paling tinggi di dalam sejarah lima Perdana Menteri yang pernah menerajui negara telah diumumkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkan tindakan itu kerana terpaksa walaupun tindakan itu dianggap tindakan tidak popular yang sering digunakan oleh beliau semasa era kepimpinan beliau.

Faktor kenaikkan harga minyak ini penulis boleh menganggap bahawa faktor kelemahan pendekatan dan Strategi Ekonomi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pada itu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lemah Ekonomi dan tidak wajar lagi diberi peluang menerajui negara.

Penulis melihat orang yang benar-benar layak untuk membuat penyusunan semula Ekonomi negara di samping mengembalikan harga minyak kepada harga asal ialah Tengku Razaleigh Hamzah kerana beliau mempunyai kepakaran ekonomi yang juga boleh disifatkan sebagai luar biasa. Mungkin Faktor Umur Tengku Razaleigh membuatkan orang tidak mahu memilihnya, namun dalam masa terdekat ini tiada salahnya untuk memberi kepercayaan kepada Tengku Razaleigh untuk mengetuai negara dan menstabilkan kembali ekonomi negara.

Pada pandangan penulis sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah berjaya memenangi kerusi Presiden UMNO dan dilantik jadi Perdana Menteri, penulis boleh menyifatkan ia adalah satu kemenangan rakyat. Jadi bersama-samalah kita merealisasikan kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah demi kepentingan rakyat.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Pak Lah Tidak Sesuai Menjadi Pemimpin Mengikut Teori Tipologi Holland

Posted in PK Politik, PK Semasa on June 5th, 2008 by yiemega

Pada masa ini Perdana Menteri Malaysia ialah Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang juga lebih dikenali dengan nama Pak Lah. Sebenarnya kalau kita kaji mengikut Teori Tipologi Holland Pak Lah langsung tidak layak menjadi pemimpin memandangkan daripada pemerhatian Penulis mendapati Pak Lah lebih bersifat kepada manusia yang dikategorikan sebagai Social mengikut Teori Tipologi Holland.

Mengikut maklumat yang penulis petik daripada Wikipedia “Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964,”

Berdasarkan maklumat tersebut telah membuktikan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukanlah seorang yang boleh dikategorikan sebagai Enterprising mengikut Teori Tipologi Holand tetapi seorang yang dikelaskan sebagai Social mengikut Teori Tipologi Holland, di mana Enterprising adalah kategori yang paling sesuai untuk dilantik sebagai pemimpin.

Penulis juga ingin memetik setikit kata-kata Plato “Tiada dua manusia dilahirkan serupa tetapi setiap satu nya berbeza antara satu sama baring terutama dari segi pembawaan semulajadi (personaliti, minat, nilai, pencapaian, motivasi, sikap), seorang sesuai untuk sesuatu pekerjaan sementara seorang lagi sesuai untuk pekerjaan baring”. Berdasarkan kata-kata Plato ini jelas menunjukkan Pak Lah sememangnya tidak sesuai dengan kerjaya sebagai Perdana Menteri.

Penulis juga ingin memetik pandangan Klien & Wiener yang berbunyi “Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri peribadi dengan keperluan keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinaan seseorang itu untuk berjaya” di mana penulis melihat di zaman kepimpinan Pak Lah keselarasan pekerja tiada tambahan pula keperluan rakyat juga bekerja sudah jauh berbeza ini mungkin akal menganggalkan negara untuk mencapai Wawasan 2020.

Menurut pemerhatian Penulis Orang yang boleh dikategorikan sebagai Enterprising adalah Tengku Razaleigh Hamzah memandangkan kepakaran ekonomi yang ada padanya dan ciri-ciri beliau menepati ciri-ciri Enterprising dan sememangnya beliau sangat layak dijadikan pengganti Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kerana Pak Lah Rakyat Terpaksa Berkorban

Posted in PK Politik, PK Semasa on June 4th, 2008 by yiemega

Kerana Perdana Menteri Malaysia “Saya Masih di sini”, “Saya Perdana Menteri”, “Kerajaan Saya Kerajaan Kuat cuma Kurang 8 Kerusi sahaja 2/3″ tidak lain tidak bukan itulah insan bernama Abdullah Haji Ahmad Badawi rakyat terpaksa berkorban lagi.

Mulai esok rakyat Malaysia terpaksa berkorban wang ringgit apabila kenaikkan harga minyak paling tinggi dalam sejarah lima Perdana Menteri yang memimpin Malaysia secara tidak langsung kenaikkan ini adalah kenaikan Terlampau, di mana sebelum ini Kenaikkan Harga Minyak merupakan kenaikkan Terlampau jadi satu lagi rekod baru yang dicipta oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri dan menjadikan beliau adalah satu-satunya Perdana Menteri Terlampau.

Apa yang menarik spekulasi minyak naik pada bulan Ini menjadi kenyataan bak kata orang “impian sudah menjadi realiti” itulah realitinya minyak tetap naik pada bulan ini, namun ada untungnya juga minyak naik pada waktu ini berbanding naik pada Bulan Ogos memandangkan beberapa hari lagi akan ada Mesyuarat Cawangan UMNO yang akan memulakan Persidangan, penulis mintalah di dalam keadaan kenaikkan minyak yang terlampau di bawah pentadbiran Perdana Menteri Terlampau ini supaya ahli-ahli UMNO mencalonkan Pengganti Perdana Menteri yang terlampau ini.

Sebenarnya penulis begitu yakin akan ada kenaikkan minyak di dalam masa terdekat ini kerana Kerajaan Malaysia sudah kehilangan 3 negeri seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang yang menyumbang 75% Keluaran Dalam Negara Kasar ke tangan pembangkang ini menjadikan pendapatan negara terhad sepertiman yang telah diramalkan oleh calon Presiden UMNO YBM Tengku Razaleigh Hamzah beberapa hari lalu walaupun Ku Li tidak meramalkan kenaikkan harga minyak tetapi simboliknya kekurangan sumber ekonomi negara telah memaksa kerajaan di bawah pentadbiran Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk menaikkan harga minyak. Jelas ramalan ekonomi Ku Li tepat sekali apabila berlaku kenaikkan ini.

Sebenarnya sudah banyak kali berkorban untuk Pak Lah, tetapi Pak Lah tidak pernah sekalipun berkorban untuk rakyat. Cuba kita lihat walaupun kenaikkan harga minyak beberapa tahun sebelum pilihan raya boleh disifatkan terlampau namun rakyat masih memberi kepercayaan kepada Pak Lah untuk menjadi Perdana Menteri Majoriti Mudah walaupun rakyat sudah mula tidak percaya pada Pak Lah termasuklah akar umbi UMNO sendiri, di dalam keadaan ini sekiranya ahli UMNO masih lagi mengekalkan Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Presiden tak tahulah apa nak kata mungkin Pak Lah ni ada pakai ilmu kebal kot, sekiranya Pak Lah terus diberi kepercayaan mungkin ada rekod terlampau baru beliau akan terus dicipta. Jadi Pilihlah Ku Li sebagai Presiden UMNO yang baru.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Al-Kisah Kerana Nak Berjimat

Posted in PK Politik, PK Semasa on June 3rd, 2008 by yiemega

Hari ini ada satu petua baru untuk menjimatkan bil elektrik yang baru sahaja kita dengarkan. Idea ini boleh dikatakan idea yang paling hebat di dalam sejarah tiada siapapun yang boleh lawan idea yang bernas lagi hebat kononya ini. Mulai hari ini, sesiapa yang nak menjimatkan bil Elektrik bolehlah membuka langsir pintu-pintu tingkap rumah anda bagi mengurangkan penggunaan elektrik.

Sesiapa sahaja yang ingin menjimatkan bil elektrik hendaklah berbuat demikian, lagi satu anda juga dinasihatkan supaya tidak memasang penghawa dingin di waktu siang hari bagi mengurangkan lagi penggunaan elektrik dan dapatlah kita menjimatkan bil elektrik.

Tahukah anda idea ini datangnya daripada siapa? Pengerusi JKKK ke? Ahli Politik Kedai Kopi Ke? itulah mungkin yang bermain di fikiran anda, tetapi tanggapan anda itu sememangnya silap, idea itu sebenarnya keluar daripada seorang pemimpin yang mempunyai kelab peminat yang menggunakan ‘tag line’ “Kami Sayang Pak Lah” dan juga “We Love Pak Lah”. Itulah idea yang dikatakan hebat lagi bernas ini walaupun ianya hanyalah pemikiran Ahli Politik Kopi sahaja, namun siapa sangka otak seorang Perdana Menteri sama dengan otak ahli politik kedai kopi yang hanya tahu berbahas dari pagi sampai petang berbekalkan secawan air sahaja tanpa mengira kesanya kepada anak-anaknya kat rumah.

Seperti biasalah apa yang Pak Lah buat mesti mendapat pujian para pengampu yang sudah ditambat tali oleh Pak Lah, maka menyalaklah mereka sepuas-puasnya selagi si kena salak itu tidak lari daripada depan rumah tuanya walaupun idea yang dicadangkan beliau adalah idea yang paling bodoh dan tidak pernah disebut oleh seorang pemimpin berjawatan Perdana Menteri sebelum ini.

Itulah hebatnya Pak Lah, buat apa sahaja sekalipun, gelar apa sahaja sekalipun dia tetap ada anjing untuk menyalak bagi pihak dia, tidak kiralah anjing itu baru ditemui ataupun sudah lama dipertemui. Lagipun anjing barunya tahu undang-undang melebihi orang lain dan menyalak sekiranya orang ingin mengkritik tuanya dengan mengatakan orang itu jumud walaupun anjing itu sendiri sukakan botol arak.

Mengikut Kenyataan Perdana Menteri yang disayangi oleh para Menteri Kabinet baru itu, penulis dapat menyimpulkan yang PM ini mengajak rakyat supaya berkorban sedikit dengan membuat penjimatan ala-Pak Lah itu. Masalahnya kenapa rakyat terlebih dahulu perlu berkorban? Kenapa Pak Lah dan Menteri-menteri kesayangan beliau tidak terlebih dahulu berkorban? Sudah terlalu banyak rakyat berkorban bila pula PM dan Barisan Menteri pembelanya hendak berkorban?

Apa yang penulis maksudkan dengan kenapa Perdana Menteri dan menteri-menteri kesayangan beliau tidak berkorban dengan meminta Perdana Menteri mengurangkan gajinya dan kediaman PM di Sri Perdana itu bila hendak digelabkan? Bila nak kurangkan elaun-elaun minyak untuk Perdana Menteri sendiri dan juga menteri-menteri kesayangan beliau? Adakah Pak Lah bimbang di beri gelaran “Bapa Segala Suruhanjaya lagi?” jangan bimbang nak buat semua ni tak payah buat Suruhanjaya janji para Menteri sanggup berkorban barulah rakyat akan turut berkorban kerana ketam sudah tentu tidak dapat mengajar anaknya berjalan lurus.

Akhir kalam, semoga di masa-masa yang akan datang tiada lagi insan yang berjawatan Perdana Menteri yang mengeluarkan idea-idea yang langsung tidak bertamadun ini, yang peliknya juga idea yang tidak bertamadun ini lahir di era untuk melahirkan tamadun baru seolah-olah tamadun baru yang hendak dilahirkan adalah tamadun yang terkebelakang atau dengan kata lain tamadun yang jumud. Apa ni di dalam cabaran untuk merealisasikan Wawasan 2020 ada lagi orang yang ingin berjalan ke belakang sedangkan di dalam mengharungi cabaran ini kita hendaklah berjalan ke hadapan seperi kata iklan”Berjalan biarlah ke depan bukan ke belakang” nasiblah kita mendapat pemimpin yang meminta kita berjalan ke belakang.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,