Archive for May, 2009

Tindak-tanduk biadab Hindraf ancam negara – Perkasa

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 20th, 2009 by yiemega

Tindak-tanduk biadab pertubuhan haram Hindraf jika tidak dihentikan segera dikhuatiri akan membawa kepada permasalahan keselamatan negara yang lebih besar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau telah menyampaikan kebimbangan itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dalam pertemuan hampir dua jam hari ini.

“Hindraf ini satu kumpulan kecil rakyat Malaysia yang rasa diri mereka cukup hebat, mereka rasa jika dibakar pun tak hangus, mereka rasa kebal dari segi undang-undang dan mereka buat macam-macam manakala kita majoriti rakyat sedang melihat sahaja.

“Kita beritahu kepada Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis, jangan sampai rakyat lain juga tidak menghormati undang-undang dan kalau ini berlaku maknanya negara kita tidak akan selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan itu di Bukit Aman di sini hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

Tambah Ibrahim, Uthayakumar perlu menghormati institusi polis dan kaum lain di negara ini.

“Bukan Uthayakumar sahaja penduduk Malaysia, saya pun penduduk negara ini. Saya orang Melayu, penduduk asal negara ini, tentu terasa bila beliau membuat kenyataan mencabar institusi yang kita beri kepercayaan untuk menjaga keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain Hindraf, beliau juga berbincang mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tindakan Majlis Peguam meluluskan usul mendesak Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan kerana dikatakan menahan lima peguam secara salah.

Katanya, dalam isu Majlis Peguam itu, perbincangan mendalam dengan pihak polis mendedahkan bahawa jabatan itu telah bertindak dengan tepat dan profesional.

“Oleh itu kita mengecam sekeras-kerasnya Majlis Peguam meluluskan usul agar Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan,” katanya.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Profil/Biodata Hafiz Akademi Fantasia 7

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on May 18th, 2009 by yiemega

Akademi Fantasia
Image via Wikipedia

Akademi Fantasia 7 telah melabuhkan tirainya pada 16 Mei 2009 baru-baru ini. Hafiz telah diisytiharkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim Ketujuh, beliau telah membarisi nama-nama yang telah menjadi Juara Akademi Fantasi musim lepas iaitu Vince AF1, Zahid AF2, Mawi AF3, Faizal AF4, Mila AF5, Stacy AF6 dan kini Hafiz AF7.

Ramai orang yang meminati Akademi Fantasia 7 dan meminati Hafiz AF7, namun ada yang tidak mengetahui latar belakang produk sebuah rancangan realiti televisyen yang popular ini. Pada kali ini kita akan mencungkil Latar Belakang atau Biodata Hafiz AF7 ini.

Mengenai Hafiz AF7:

Ahli Keluarga JASA (Generasi Ketiga), Dilahirkan pada 27 Februari 1990, merupakan anak sulung dan anak tunggal lelaki dalam 3 beradik.

Umur: 19 Tahun

Status: Belum Berkahwin

Latar Belakang Pendidikan

Sekolah:

Wan Chu Kindergarten, Kch, Swak (1994)
Tadika BINA, Kch, Swak (1995-1996)
SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kch, Swak (1997-2002)
SMK Song, Kapit, Swak (Jan-Jun 2003);
SMK Semerah Padi, Kch, Swak (Jul-Dec 2003)
SMK St Joseph, Kch, Swak (2004-2007)
PTPL, Kch, Swak

Pendidikan Tinggi:

(2008-Present) Student of Diploma In Hospitality & Tourism Mgmt

Hobi: Menyanyi. Bermain Gitar, Membaca Buku dan Memasak

Zodiak/Zodiac: Pisces

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Kid Cudi vs. Crookers - Day ‘n’ Night Lyrics

Posted in PK Hiburan, PK Lirik on May 18th, 2009 by yiemega

Kid Cudi vs. Crookers - Day \’n\’ Night

Day ‘n’ Night
Artist: Kid Cudi Vs. Crookers

Uh, uh, uh, uh, uh, uh…

[Kid Cudi:]
Day and night (what, what)
I toss and turn, I keep stressing my mind, mind (what, what)
I look for peace but see I don’t attain (what, what)
What I need for keeps this silly game we play, play
Now look at this (what, what)
Madness to magnet keeps attracting me, me (what, what)
I try to run but see I’m not that fast (what, what)
I think I’m first but surely finish last, last

[Chorus:]
Cuz day and night
The lonely stoner seems to free his mind at night
He’s all alone through the day and night
The lonely loner seems to free his mind at night (at, at, at night)
Day and night
The lonely stoner seems to free his mind at night
He’s all alone, some things will never change (never change)
The lonely loner seems to free his mind at night (at, at, at night)

[Kid Cudi:]
Hold the phone (what, what)
The lonely stoner, mr. solo doe low (what, what)
He’s on the move can’t seem to shake the shade (what, what)
Within his dreams he see’s the life he made, made
The pain is deep (what, what)
A silent sleeper you won’t hear a peep, peep (what, what)
The girl he wants don’t seem to want him too(what, what)
It seems the feelings that she had are through, through

[Chorus:]
Cuz day and night
The lonely stoner seems to free his mind at night
He’s all alone through the day and night
The lonely loner seems to free his mind at night (at, at, at night)
Day and night
The lonely stoner seems to free his mind at night
He’s all alone, some things will never change (yeah) (never change)
The lonely loner seems to free his(yeah) mind at night (at, at, at night)

[Kid Cudi:]
Slow moe, (what, what)
When the temple slows up and creates that new, new (what, what)
He seems alive though he is feeling blue (what, what)
The sun is shining man he’s super cool, cool
The lonely nights (what, what)
They fade away he slips into his white nikes (what, what)
He smokes a clip and then he’s on the way (what, what)
To free his mind in search of,
To free his mind in search of,
To free his mind in search of,

[Chorus:]
Cuz day and night
The lonely stoner seems to free his mind at night
He’s all alone through the day and night
The lonely loner seems to free his mind at night (at, at, at night)
Day and night
The lonely stoner seems to free his mind at night
He’s all alone, some things will never change (never change)
The lonely loner seems to free his mind at night (at, at, at night)

At, at, at night

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Info Chikugunya

Posted in PK Petua, PK Semasa on May 16th, 2009 by yiemega

Sejenis Penyakit berjangkit yang disebabkan virus chikugunya melalui nyamuk aedes. Aedes juga membawa penyakit denggi. Di Malaysia Chikugunya tidak pernah dilaporkan menyebabkan pendarahan atau kematian. Kebanyakkan pesakit mengalami simptom tidak berlarutan dan sembuh sepenuhnya.

Pesakit akan mendapat imuniti sepanjang hayat selepas dijangkiti “Chikugunya”, tetapi sebahagian pesakit yang berumur boleh mengalami gejala sakit sendi yang berpanjangan lebih lama dari kebiasaan.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Masjid Hadhari Jerteh Besut Terengganu

Posted in PK Negeri, PK Pelancongan, PK Terengganu on May 13th, 2009 by yiemega

Masjid Hadhari Jerteh, Besut, Terengganu merupakan masjid yang terletak di pinggir Bandar Jerteh, sebuah bandar yang menjadi Pusat Ekonomi bukan sahaja untuk rakyat Besut, Malah juga rakyat Kelantan kerana kedudukan Bandar Jerteh yang bersempadan dengan Kelantan.

Masjid ini dilengkapi dengan kemudahan Makmal Komputer, Gerai Makan dan juga Kemudahan Wi-Fi secara percuma turut tersedia di dalam Masjid ini. Tambah menarik lagi, lokasi masjid ini yang bersebelahan dengan sungai juga menjadikan satu daya penarik dan ikon baru Bandar Jerteh (Kawasan Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh.

Tags: , , , , , , ,

Filem Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam

Posted in PK Hiburan, PK Wayang on May 10th, 2009 by yiemega

Filem ini diterbitkan oleh syarikat SKOP PRODUCTION dan diarahkan oleh Syamsul Yusof. Filem bohsia adalah filem kedua yang diarahkan oleh Syamsul dan kos filem ini menelan rm 1.5 juta ringgit berbanding filem arahan pertamanya yang menelan kos hingga ke rm 2 juta ringgit. Ini kerana filem ini tidak melibatkan babak aksi perlumbaan kereta yang melibatkan kos sewa kereta yang mahal. Walaubagaimanapun babak-babak aksi masih lagi diketengahkan dalam filem ini dan kepayahan untuk membuat filem ini tidak kurang samanya dengan kepayahan membuat filem EVOLUSI KL DRIFT.Filem ini mengisahkan tentang masalah sosial remaja dan masalah keluarga. Banyak aksi lumba motor yang akan disaksikan didalam filem ini , walaupun filem ini mempunyai beberapa persamaan dengan filem ‘REMP-IT’, syamsul menjanjikan sebuah kelainan dalam filem ini berbanding dengan filem-filem aksi motor yang telah ditayangkan sebelum ini. Filem ini dijangka akan menemu penonton pada tahun 2009.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , , ,

Di Sebalik Tabir Filem Syurga Cinta

Posted in PK Hiburan, PK Wayang on May 10th, 2009 by yiemega

Di Sebalik Tabir Syurga Cinta Bhgn 1

Di Sebalik Tabir Syurga Cinta Bhgn 2

Di Sebalik Tabir Syurga Cinta Bhgn 3

Filem Syurga Cinta bakal menemui anda di Pawagam pada 23 Mei 2009. Apa lagi peminat filem romantis bolehlah menanda jadual anda sekarang agar anda tidak ketinggalan untuk menyaksikanya.

Tags: , , , ,

Fakta Selsema Babi (H1N1)

Posted in PK Semasa on May 4th, 2009 by yiemega

Apakah Selsema Babi (H1N1) ?

Sejenis virus yang disebarkan oleh Babi kepada manusia yang mempunyai kaitan langsung pada haiwan tersebut. Virus tersebut adalah campuran Virus Babi dengan Virus Manusia dan Burung.

Simptom Virus Selsema Babi?

sama seperti selsema biasa iaitu demam, batuk, sakit tekak, sakit anggota badan, sakit kepala, seram sejuk, keletihan cirit-birit dan muntah-muntah.

Bagaimana Virus ini Berjangkit?
Virus ini merebak melalui batuk atau bersin yang tidak dilindungi atau menerusi sentuhan pada mulut dan hidung dengan tidak berbasuh, Virus selsema Babi mampu hidup atas tapak tangan selama beberapa jam.

Langkah-langkah pencegahan

Guna tisu semasa batuk atau bersin

Elak guna tangan untuk buang hinggus

Basuh tangan dengan kerap

Jika tiada sabun dan air gantikan dengan gel tangan.

Tinggal di rumah jika anda sakit dan jauhkan anak anda dari sekolah.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,