Archive for June, 2009

Apa Khabar Faizal AF4?

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on June 30th, 2009 by yiemega

Faizal AF4

Faizal AF4

Apa Khabar Faizal AF4?

Faizal AF4 atau nama penuhnya Faizal Ramly seorang artis yang dilahirkan melalui satu rancangan realiti TV yang terkenal iaitu Akademi Fantasia pada musim yang keempat. Sudah lama kita tidak mendegar berita mengenai beliau adakah beliau masih lagi aktif dalam dunia seni ataupun masih bertapa di rumahnya.

‘Kesenyapan’ ini membuat orang ramai terutamanya peminatnya begitu tertanya-tanya ke manakah perginya seorang penyanyi yang berkebolehan dan mempunyai suara ala ’serak-serak’ basah ini.

Ada juga yang berkata ‘kesenyapan’ berlaku kerana syarikat rakamanya lebih mendahulukan orang lain daripada Faizal selain itu ketiadaan kontroversi mengenai beliau juga menjadi faktor mengapa beliau ’sepi’ di dalam dunia hiburan tanah air.

Benar! sebelum ini pernah ada kontroversi mengenai beliau tetapi ‘kontroversi’ itu sekejap sahaja tidak seperti ‘kontroversi’ yang dicetuskan oleh Mawi seorang penyanyi yang dikatakan ada Aura dan kini gagal mempertahankan ABP yang dimenanginya dulu kerana Faizal ni seorang yang suka berterus terang, jadi jika bertanya Faizal akan menjawabnya dengan jujur tidak seperti Mawi.

Pihak-pihak penyiaran seperti radio dan tv juga dilihat sekarang sudah tidak lagi menjemput beliau untuk konsert-konsert, menyiarkan lagu beliau dan malah media masa pun kurang menceritakan berita mengenai beliau. Sayang Sekali penyanyi yang berbakat besar ini dinafikan hak untuk berjaya oleh mereka-mereka yang hanya mementingkan keuntungan.

Penulis berharap satu masa nanti ada pihak yang dapat membuat ‘Come Back’ Faizal dengan lagu-lagu yang boleh memanaskan carta muzik Malaysia dan lagu yang terbaik untuk penyanyi yang terbaik, demi kesinambungan kerjaya seni Faizal dan juga arena muzik tanah air lebih baik mereka melakukan sesuatu.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Raja Pop Dunia@Michael Jackson Meninggal Dunia…

Posted in PK Hiburan on June 26th, 2009 by yiemega

Michael Jackson@Raja Pop Dunia

Raja Pop Dunia Michael Jackson telah meninggal dunia disahkan meninggal dunia pada waktu 2.26 petang waktu tempatan dan 2.26 pagi waktu Malaysia sepertimana yang dilaporkan UTUSAN ONLINE.

Artis tersohor yang digelar “Raja Pop Dunia” itu amat popular dan berasal daripada kaum kulit hitam namun beliau telah menjalankan pembedahan plastik dan menghilangkan warna asal kulit bangsa asalnya.

Pemergian Michael Jackson menandakan satu kehilangan besar bagi industri muzik antarabangsa dan hanya yang tinggal nama “Michael Jackson” sahaja dengan karya-karyanya yang diminati oleh seantero dunia. Kini sudah tiada lagi persembahan ‘live’ yang bertenaga daripada Michael Jackson.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Papan Tanda Orang Sengau…

Posted in PK GAMBAR LUCU, PK Hiburan on June 26th, 2009 by yiemega

PAPAN TANDA ORANG SENGAU

Gambar papan tanda ini bukan bertujuan untuk menghina sesiapa jauh sekali memburukkan sesiapa, anggaplah ia sekadar untuk hiburan menghiburkan hati yang luka sahaja.

Menarik bukan papan tanda ‘orang sengau’ siapa sangka bahasa ‘orang sengau’ telah dapat menjadi bahasa papan tanda….hidup untuk orang sengaup…..

Kepada sesiapa yang terasa dengan gambar ini harap maaf, gambar ini bukan bertujuan untuk menghina anda cuma untuk bersuka-suka sahaja. Jadi harap mereka semua memahami dan dapat menerima gambar ini dengan hati yang terbuka…..

Credit Kepada:

Minpsycho@FeWeTT Forum

Link Asal:

http://forum.fewett.org/index.php?showtopic=6744

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , , , , ,

BIKINI PALING SEKSI DI DUNIA

Posted in PK GAMBAR LUCU on June 25th, 2009 by yiemega

BIKINI PALING SEKSI DI DUNIA

Gambar di atas ni lah yang menunjukkan Model yang tidak popular itu meperagakan Bikini Paling Seksi di Dunia itu.

Menarik Tak? Katanya bikini ini diperbuat daripada Beg Plastik aje, murahnya je kos untuk membuatnya bagi sesiapa yang gemar berjimat boleh lah cuba buat sekarang..hehehe…

P/S: Sesiapa yang jadi ibu dan bapa kepada model ini ternyata mereka patut bersyukur kerana anaknya pandai berjimat…..apa yang penting………..jiiiiiiiiiiiiiiiimmmmmaaattttt.

Credit Kepada Penyumbang Gambar

Vexed (Fewett Forrumer)

Link Asal:
http://forum.fewett.org/index.php?showtopic=7065

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Sepandai-Pandai Tupai Berjudi….

Posted in PK GAMBAR LUCU on June 23rd, 2009 by yiemega

Korang tengoklah pandai tak Tupai dalam gambar kat atas tu main judi, siap posing lagi tu, tupai ni dikatakan anak didik mendiang Goh Tong dan selalu pergi berjudi di GentingHighland sebenernya aku melawak je, ketawalah…..huhuhu.

Mungkin lepas ni timbul peribahasa baru “Sepandai-pandai Tupai Berjudi, akhirnya kalah juga” kepada yang beragama Islam, jauhilah judi kerana ia akan membawa anda merana sepanjang hayat.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Cikgu Sulizi Kini Pensyarah Maktab…

Posted in PK Hiburan, PK Negeri, PK Profil Artis, PK Terengganu on June 10th, 2009 by yiemega

Aktivis dan Artis Dikir Barat yang cukup terkenal di Pantai Timur iaitu Sulizi Awang yang lebih dikenali dengan nama Cikgu Sulizi kini sudah bergelar Pensyarah.

Beliau yang terkenal dengan artis dikir barat bergenre cinta dan juga merupakan Tukang Karut Terbaik Peringkat Kebangsaan tiga tahun berturut-turut sebelum ini merupakan Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud II, Besut, Terengganu.

Kini beliau sudah bertugas sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Mizan, Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Walaupun beliau sudah tidak lagi bergelar guru, namun penggunaan nama Cikgu Sulizi masih sebati di kalangan peminat dikir barat. Beliau juga terus bergiat aktif dalam memperjuangkan irama dikir barat dengan membuat “Kelas Terbuka” kepada masyarakat setempat yang berminat untuk berkecimpung dalam arena dikir barat.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , ,

Papan Tanda Lucu: Bayangkan jika anda terjumpa papan tanda ini

Posted in PK GAMBAR LUCU, PK Hiburan on June 8th, 2009 by yiemega

Papan Tanda ini Menandakan anda tidak boleh pergi ke depan, ke kiri, ke kanan dan kebelakang dan anda perlu berhenti. Papan tanda ini memang akan memeningkan pengguna dan juga menyukarkan pengguna untuk membuat keputusan.

Bayangkan sekiranya anda adalah pengguna Papan Tanda ini apa yang anda akan lakukan?

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Celcom Perkenal Celcom Aircash

Posted in PK Kewangan, PK Niaga on June 7th, 2009 by yiemega

Celcom (Malaysia) Berhad telah melancarkan satu kemudahan baru untuk para pelanggan Celcom. Kini pelanggan celcom boleh menghantar wang ke Indonesia dan juga Dalam negara melalui satu khidmat tambah terbaru yang dilancarkan Celcom.

Celcom Aircash satu perkhidmatan di mana pelanggan yang berdaftar dengan Celcom Aircash berupaya untuk menghantar wang kepada sanak saudara mereka di Indonesia dan juga di dalam negara di samping kemudahan untuk tambah nilai kredit telefon mereka.

Bagi pelanggan Celcom yang berminat boleh dail *133# sekarang untuk mengaktifkan Celcom Air Cash mereka. Penambahan Dana untuk Celcom Aircash boleh dibuat di mana-mana Cawangan Celcom yang terdekat secara percuma dan juga melalui pengedar-pengedar Celcom Air Cash di Seluruh negara dengan sedikit bayaran.

Pengeluaran dana Celcom Aircash boleh dibuat di mana-mana cawangan Celcom terdekat dengan bayaran RM3 untuk satu transaksi. Di masa hadapan Celcom Air Cash akan menawarkan perkhidmatan pembayaran bil untuk kemudahan pelanggan Celcom. Tunggu apa lagi aktifkan Celcom Aircash anda, dimensi baru dalam dunia mobiliti.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Undilah Saya Untuk Pilihan Raya Chief Talker Tune Talk.com

Posted in PK Politik, PK Semasa, Salam Penulis on June 4th, 2009 by yiemega

Undilah Saya Untuk Pilihan Raya Chief Talker Tune Money.com

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat pemakluman bahawa penulis telah menyertai Pilihan Raya untuk Memilih Chief Talk untuk Tune Talk.com. Dengan penyertaan itu bermakna penulis adalah calon untuk Pilihan Raya tersebut.

Penulis meminta jasa baik pengunjung-pengujung blog Suara Generasi Muda Malaysia untuk mengundi penulis sebagai Chief Talk Tune Talk.com. Penulis amat mengalu-alukan kerjasama pembaca-pembaca sekalian.


Bagi memudahkan pihak pembaca Suara Generasi Muda Malaysiapenulis telah menggariskan beberapa manifesto penulis untuk memenangi Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com:
Manifesto Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com Penulis:

  1. Mendermakan seberapa banyak komputer untuk kegunaan anak-anak yatim di
    1. rumah-rumah anak yatim yang terpilih.
    2. Membuat seberapa banyak programpendedahan Teknologi Maklumat kepada anak-anak yatim di rumah-rumah anak yatim yangterpilih.
    3. Melaksanakan Program untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak yatim seperti program motivasi, kem jati diri dan seumpama denganya.
    4. Membuat sumbangan kepada beberapa orang anak yatim yang tidak tinggal di rumah anak yatim dan keluarganya kurang berkemampuan.
    5. Mengembalikan anak-anak yatim yang tercicir dari Pelajaran kerana desakkan hidup ke alam persekolahan dengan bantuan kewangan daripada penulis.
    6. Memberi perhatian khusus kepada anak-anak yatim yang bersekolah di sekolah harian biasa untuk mempertingkan prestasi pencapaian akademik mereka.
    7. Membantu keluarga-keluarga anak yatim dengan bantuanyang sewajarnya dan lebih kepada ‘memberi pancing’ dan bukanya ‘memberi ikan’ sebagaimana yang selalu dibuat oleh orang sebelum ini.
    “UNDILAH SAYA UNTUK KEBAJIKAN”
    “SATU UNDI UNTUK ANAK YATIM”

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Negara Perlukan Band Kanak-Kanak !

Posted in PK Hiburan, PK TV on June 2nd, 2009 by yiemega

The Lucky LakiIndustri Hiburan tanah air pada hari ini kelihatan agak suram dengan kebanjiran lagu-lagu dan kumpulan-kumpulan dari seberang seperti Dewa, Radja, Sheila On Seven, dan bermacam-macam lagi kumpulan dari seberang yang albumnya amat laris di Malaysia malah seringkali diputar di beberapa corong-corong radio yang mendewakan lagu-lagu dari seberang. 

Penulis tidaklah mahu mencadangkan agar kemasukkan lagu-lagu indonesia ke dalam Malaysia hendaklah disekat kerana itu tidak profesional namanya. Dalam kita menyelesaikan satu masaalah yang menimpa industri muzik tanah air kita tidak boleh menyalahkan orang lain sebaliknya kita perlulah menyalahkan diri sendiri dan cermin diri kenapa industri muzik yang suatu ketika dulu mengegarkan dunia namun kini kita dapati industri muzik tanah air sudah ketinggalan jauh ke belakang berbanding negara seberang yang berjiran dengan kita. Kenapa dulu muzik kita diterima ramai tetapi sekarang muzik kita sudah kurang diminati, apakah kelemahan yang perlu diperbaiki untuk mempertingkatkan mutu persembahan muzik kita. Tentulah pemuzik ada jawapanya.

PangerankuPenulis tidak mahu bercerita panjang mengenai industri muzik tanah air adalah lebih penulis menumpukan kepada artikel penulis yang bertajuk “Negara Perlukan Band Kanak-Kanak”, “Band” sesetengah pendapat menafsirkanya sebagai “Kugiran” ada juga yang menafsirkan dengan perkataan “Kumpulan Pemuzik” terpulanglah kepada mereka apa yang mereka ingin tafsirkanya.

“Band Kanak-Kanak” penulis lihat negara kita ketandusan “Band Kanak-Kanak” ataupun Kugiran Kanak-kanak dan boleh juga kita katakan sebagai “Kumpulan Muzik Kanak-Kanak” bukan kata kurang malah kalau tak silap penulis tiada satupun kumpulan muzik kanak-kanak di Malaysia berbeza dengan suasana di Indonesia yang pada hari ini kita lihat semakin banyak band-band kanak-kanak yang dilahirkan di indonesia contohnya seperti The Lucky Laki (Dianggotai tiga Putera Ahmad Dhani Dewa) melalui lagunya Aku Bukan Supermen dan Juga Pangeranku melalui lagunya Sang Pangeran.

Aksi Kumpulan Muzik Kanak-kanak Indonesia:

The Lucky Laki - Aku Bukan Supermen

Pangeranku - Sang Pangeran

 

Kesimpulanya kehadiran band-band cilik mereka di Indonesia mampu menambahkan seri dalam Industri Hiburan di indonesia terutamanya Industri Muzik. Pihak bertanggungjawab di Malaysia sepatutnya bergiat cergas mengcungkil bakat-bakat kumpulan muzik kanak-kanak di Malaysia, pihak stesen penyiaran TV Pula bolehlah menerbitkan rancangan bercorak realiti tv untuk mencungkil bakat kumpulan muzik kanak-kanak demi kesinambungan industri hiburan tanah air.

Tags: , , , , , , , , , , , ,