Fitna Satu Penghinaan
Posted in PK Semasa on March 31st, 2008 by yiemega

Sebuah filem yang secara terang-terangan menghina Islam adalah Fitna. Filem pendek ini memaparkan keganasan yang dikaitkan dengan ayat-ayat Al-quran. Penayangan filem ini menimbulkan kemarahan umat Islam di seantero dunia termasuklah Malaysia.
“Kami tidak boleh terima alasan yang dibuat oleh mereka yang mengatakan membuat filem ini berdasarkan kebebasan bersuara, kerana dengan membuat perkara ini akan menambahkan lagi masyarakat Islam dengan agama lain” itulah antara petikan-petikan yang diambil oleh orang Islam di Malaysia.
Pada pandangan penulis Fitna satu filem yang menghina Islam. Mengapa mereka suka membuat filem-filem yang menghina Islam? Apa salah umat Islam kepada mereka?. Penulis mengutuk sekeras-kerasnya penyebaran filem yang boleh mengakibatkan pergaduhan antara agama ini, kepada blok barat atau lebih tepat lagi blok Yahudi, kamu kena sedar bahawa masyarakat Islam ada maruah.
Penulis difahamkan filem ini telah dimuat naik di sebuah laman web video popular di kalangan pengguna internet iaitu youtube. Penulis pun hairan mengapa youtube masih mengekalkan kandungan video tersebut. Bak kata Nabil Rajal Lawak 2 “Lu fikir lah sendiri”.
Akhir kalam, wahai orang-orang yang beriman bersatulah menentang satu penghinaan terhadap Islam. Islam adalah sejahtera bukan pengganas. Semoga umat Islam tidak diperlekehkan lagi pada masa-masa yang mendatang.