Apabila Pak Lah menjadi Raket Tenis

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 6th, 2008 by yiemega

Malam tadi penulis menonton Buletin Utama yang memaparkan DS Abdullah Ahmad Badawi dengan angkuhnya mengkritik YBM Tengku Razaleigh Hamzah. DS Abdullah juga menyalahkan ahli UMNO yang mensabotaj pada pilihan raya umum yang lalu parti dan mengarahkan Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan terhadap mereka yang mensabotaj tanpa bertanya kenapa Ahli Parti melakukan perbuatan demikian. Melalui maklum balas yang penulis terima mereka ’sabotaj’ kerana mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan UMNO yang ada sekarang. Penulis lebih suka menggunakan perkataan ‘mengajar’ pemimpin UMNO yakni Presiden UMNO yang sekarang ini memegang tampuk pemerintahan negara.

Tindakan DS Abdullah yang mengkritik keras YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, jelas menunjukkan Pak Lah sudah menjadi ‘Reket Tenis’ sama seperti menteri-menteri kabinet gembalaanya. Apa yang dimaksudkan ‘Reket Tenis’ di sini ialah menjawab dakwaan dengan mengkritik orang lain. Melihat kepada sidang media yang diadakan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi tadi telah ‘menzahirkan’ yang beliau merupakan raket tenis.

Sebelum ini sudah beberapa orang Menteri Kabinet menjadi ‘Reket Tenis’ Abdullah dengan menjawab dakwaan Tun Dr. Mahathir dengan mengkritik Tun Dr. Mahathir. Jelas sekali Pak Lah dan kabinet dapurnya telah ‘menghina’ dan melupakan jasa Tun Dr. Mahathir setelah 22 Tahun mengepalai UMNO dan Menjadi Ketua Negara yang begitu hebat.

Penulis juga berpendapat bahawa tindakan yang akan dibuat oleh Parti terhadap mereka-mereka yang dianggap ‘Pak Lah’ sebagai pensabotaj parti merupakan tindakan sia-sia malahan ia akan meningkatkan lagi perpecahan yang berlaku di dalam UMNO. Tindakan ini juga bakal membuatkan UMNO akan berkubur selama-lamanya.

Pak Lah juga berkata yang YBM Tengku Razaleigh Hamzah merupakan penyebab kepada kekalahan BN di Kelantan. Pelik juga bunyinya ni, sedangkan yang jadi Presiden ialah DS Abdullah Ahmad Badawi bukanya YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan kalau kita lihat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan ialah DS Annuar Musa bukanya YBM Tengku Razaleigh Hamzah jadi apa kaitanya dengan YBM Ku Li dengan kegagalan BN menawan Kelantan. Nampaknya Pak Lah nak derhaka dengan Anak Raja berjiwa rakyat ni. Patutlah Istana Perlis dan Terengganu tidak setuju dengan perlantikan yang dicadangkan Pak Lah kerana di adalah seorang penderhaka.

Penulis berharap Ahli-Ahli UMNO seluruh negara supaya tidak percaya sebarang kata-kata yang keluar daripada Pak Lah kerana jelas menunjukkan beliau cuba menegakkan benang yang basah. Kepada ahli UMNO seluruh negara, tepuklah dada tanyalah selera. Adakah anda masih ingin pemimpin seperti menjadi pemimpin UMNO? Kuasa di tangan anda.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

UMNO perlukan RAHMAT bukan RAHMAN

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 5th, 2008 by yiemega

Pada 8 Mac yang lalu kita telah dikejutkan oleh ‘kejutan yang tidak dijangka’ yang menyaksikan Tumbangnya Kerajaan Barisan Nasional di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak di samping gagal menawan Kelantan. Ternyata keputusan pilihan raya kali ini memeranjatkan semua pihak dan setiap pihak menerima dengan persepsi dan reaksi yang berbeza. Tsunami politik telah membuatkan empayar-empayar BN jatuh tersungkur di negeri-negeri tersebut.

Melihat kepada kejatuhan 4 buah empayar BN penulis merasakan Teori RAHMAN tidak dapat digunakan lagi kerana kejatuhan 4 Empayar ini bukan sedikit malah boleh menyebabkan ‘orang yang telah mati’ kalau hidup ketika ini mesti diserang sakit jantung. Pada pandangan penulis UMNO memang perlukan RAHMAT untuk menjadikan parti itu terus keramat.

Penulis merasakan kejatuhan empayar BN ini adalah disebabkan Kepimpinan yang lemah atau dengan kata lain Kepimpinan yang dipimpin bukan yang memimpin. Presiden UMNO ketika ini dilihat kurang berkesan dan teramatlah lemah. Di saat-saat begini masih ada yang masih mahu menggunakan Teori RAHMAN sedangkan UMNO perlukan RAHMAT.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada kaca mata penulis merupakan calon terbaik untuk menggantikan YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Beliau merupakan Putera Raja Berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat. Banyak juga jasa YBM Tengku Razaleigh Hamzah di dalam UMNO ini walaupun pernah Mengetuai Parti Melayu Semangat 46 namun atas usaha beliau jugalah Melayu disatukan semula di bawah payung UMNO.

Tidak keterlaluan kalau penulis katakan YBM Tengku Razaleigh Hamzah ini merupakan Perwaris Perjuangan Yang Belum Selesai, sesuai dengan kedudukan YBM yang sudah beberapa generasi berada di dalam UMNO. Niat Ku Li untuk menjadikan UMNO parti berimej bersih juga wajar dipuji bagi memberikan semangat baru pada negarawan yang berada di dalam UMNO.

Khidmat Ku Li juga diperlukan bagi membersihkan UMNO daripada anasir-anasir yang tidak sihat dan perjuangan yang tidak ikhlas. Perjuangan kerana Projek atau tender Kerajaan adalah Perjuangan yang tidak ikhlas. Ahli UMNO seluruh negara diingatkan memperbetulkan “Nawaitu” mereka menyertai UMNO agar mereka betul-betul faham dengan konsep sebenar perjuangan UMNO iaitu konsep “Alif, Ba, Ta” Alif yang bermaksud Agama Islam, Ba yang bermaksud Bangsa Melayu dan Ta yang bermaksud Tanah Air iaitu Malaysia.

Bilakah lagi kita mahu simpan negarawan bangsa tanpa memanfaatkanya, latar belakang tengku yang mempunyai Kepakaran Ekonomi merupakan pilihan terbaik ahli UMNO seluruh negara untuk memilih YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden baru UMNO akan membawa kepada kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang bakal mendatang. Terpulang kepada Ahli UMNO seluruh negara jika mereka tidak dayus, tepuk dada tanya selera.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Pantun Nasihat Buat Ahli UMNO

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 5th, 2008 by yiemega

Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang BN Dah Kalah
Itulah Pilihan Raya sebenar Pak Lah, Masihkah kita inginkan Pak Lah
Ku Li dilihat pilihan tepat bagi mengantikan Dinasti Pak Lah
Turunkan Pak Lah agar UMNO tidak kalah

Alif, Ba, Ta itulah Matlamat Kita
Alif mewakili Agama Islam yang menjadi kebanggan kita
Ba mewakili Bangsa Melayu yang bertuan di tanah air kita
Ta Mewakili Malaysia Tanah Air Tercinta

Ramai melihat Malaysia sudah jatuh Ekonomi
Pak Lah tak pandai Ekonomi
Kalau Nak Pakar Ekonomi
Ku Li pilihan terbaik untuk menjana Ekonomi

Bangsaku Melayu
Izinkan Ku Li menjadi Pemimpin Melayu
Perwaris Perjuangan Belum Selesai bagi Bangsa Melayu
Berikanlah sokongan demi memartabatkan Bangsa Melayu

Hari-hari Harga Barang Terus Naik
Yang peliknya Naik tak turun-turun
Bagilah Peluang Ku Li Naik
Bagilah Peluang Pak Lah Turun

Pak Lah Kata Nak Mencari Damai Abadi
Tak Nak Cari harta bertimbun-timbun
Apa Lagi Pak Lah pergilah Mencari Damai Abadi
Apa lagi tak Pandai Lagike Pak Lah nak turun

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Cadangan Strategi Mengurangkan Bebanan Rakyat

Posted in PK Semasa on March 28th, 2008 by yiemega

Pilihan Raya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008 baru-baru ini telah memberi mesej yang jelas kepada kerajaan untuk bekerja dengan lebih keras. Faktor penyumbang kepada ketidakpuasan hati Rakyat Malaysia terhadap Kerajaan ialah kenaikkan harga petrol, barang keperluan dan faktor calon juga menjadi punca ketidakpuasan hati rakyat.

Bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional strategi-strategi yang bakal dinyatakan di bawah mungkin boleh digunakan di dalam mengurangkan bebanan rakyat:

Strategi Pendidikan:

  1. Mengurangkan atau Mansuhkan Semua Yuran yang melibatkan Sekolah.
  2. Menaikkan Kadar Biasiswa Kerajaan Persekutuan.
  3. Menaikkan Gaji Kakitangan Berkaitan Pendidikan.
  4. Membuat Skim Galakkan Khas Kepada Ibu-bapa yang berpendapatan rendah yang menghantar anaknya ke sekolah.
  5. Skim Galakkan Pelajar Cermelang bagi meningkatkan lagi bilangan pelajar cermelang.

Strategi Pengajian Tinggi:

  1. Mansuhkan Kos Perkhidmatan yang dikenakan oleh Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
  2. Membuat Tawaran Kepada Syarikat Korporat untuk menaja kos perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
  3. Meminda Peruntukkan PTPTN yang membolehkan Pinjaman bertukar menjadi biasiswa sekiranya peminjam mempunyai keputusan cermelang.
  4. Memberi Sedikit Kelonggaran kepada Siswa untuk berpolitik tetapi biarlah ada sedikit sempadan agar tidak keterlaluan. Pandangan siswa boleh juga dibincangkan untuk diketengahkan di dalam menjayakan sebarang dasar kerajaan.
  5. Mengurangkan semua yuran di seluruh universiti awam ataupun swasta.

 Strategi Harga Barang Keperluan:

  1. Pada masa ini sistem subsidi barang keperluan yang masih digunapakai sekarang sudah tidak efektif dan relevan lagi, satu mekanisme baru di dalam mencari cara alternatif untuk subsidi barangan ini contohnya seperti membuat pembayaran subsidi dengan perlunya rakyat menuntut dengan kerajaan.
  2. Bagi mengelakkan penyeludupan barang keperluan ke negara jiran, penulis ingin mencadangkan supaya kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat hendaklah dikenakan seperti membayar kos subsidi Kerajaan Untuk setahun kepada sesiapa sahaja yang dianggap penyeludup yang lazimnya terdiri daripada penyokong kuat pembangkang.

Strategi Kakitangan Awam:

  1.  Memberi Bonus 4 Bulan gaji kepada semua kakitangan awam.
  2. Menaikkan Gaji Minima kepada RM 2100

Strategi Tol:

Kuatkuasakan segera Harga Tol baru yang jauh lebih rendah daripada sekarang.

Strategi Kesihatan:

  1. Mansuhkan Bayaran RM1 di Hospital dan Klinik Kerajaan.
  2. Bilangan Hari untuk memohon bantuan daripada kerajaan untuk membuat pembedahan hendaklah dipendekkan atau dengan kata lain dipercepatnya contohnya selepas 24 Jam pesakit di daftarkan terutamanya untuk penyakit kronik.

Strategi Penerangan:

  1. Dekati para blogger dan kalau boleh sediakan elaun khas untuk blogger dan juga jemput penulis blog untuk membincangkan isu-isu semasa di saluran-saluran Televisyen. Kalau boleh juga adakan debat terbuka dengan blogger yang menyokong kerajaan dan juga bloger yang mengkritik kerajaan atau dengan kata lain propembangkang.
  2. Kementerian Penerangan juga perlu membuat Konsep 50-50 dan jangan berat sebelah semasa menceritakan berita-berita yang melibatkan politik negara.

Strategi Harga Minyak

Pada masa akan datang bagi membendung kenaikkan harga minyak penulis mencadangkan kepada Kerajaan supaya menaikkan Harga Rokok  bagi setiap kenaikkan harga minyak dan harga minyak kekal pada kadar biasa.

 Strategi Wakil Rakyat:

Wakil rakyat perlu bekerja lebih keras kalau boleh jangan tunggu masalah sampai tetapi pergi mencari masalah yang dialami rakyat, Sebenarnya ini telah dipratikkan oleh Allahyarham mantan ADUN BN Kampong Raja (sekarang Kota Putra) yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Lah.

Wakil rakyat juga perlu mengurangkan jurang mereka dengan rakyat dan letakkan diri mereka sama taraf dengan rakyat.

Itulah diantara strategi-strategi yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan sekaligus memberi ruang dan peluang kepada kerajaan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Kerajaan Persekutuan Amnya dan Barisan Nasional khasnya.

Tags: , , , , , , , , , ,

DAP Memulakan Langkah Pertama Menghapuskan Melayu

Posted in PK Pulau Pinang on March 11th, 2008 by yiemega

Ketua Menteri Pulau Pinang yang Kafir Harbi telah memulakan langkah pertama untuk menghapuskan Melayu dengan menggugurkan Dasar Ekonomi Baru di dalam urusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dengan pemansuhan DEB kemungkinan besar projek-projek kerajaan negeri akan dikuasai oleh kaum cina dan sekaligus menghapuskan usahawan-usahawan Melayu. Permansuhan Dasar Ekonomi Baru merupakan langkah pertama DAP untuk menggugat hak istimewa Melayu.

Kalau anda masih ingat pada Penggal Lalu DAP pernah mempersoalkan dan minta Azan Subuh tidak dilaungkan di Malaysia. Jadi tidak mustahil DAP akan membuat perkara yang sama sewaktu memerintah Pulau Pinang. Jadi itu adalah pilihan anda semua usahlah menyesali dengan pilihan anda jangan sampai Melayu dan Islam hancur baru nak menangis kerana pada waktu itu tiada guna lagi kita menangisinya.

Tags: , , , , ,