Khir Toyo Jadi Blogger
Posted in PK Politik, PK Semasa on March 31st, 2008 by yiemegaBekas Menteri Besar Selangor Dr. Mohd Khir Toyo telah memulakan langkah pertama dengan menjadi ‘bloggers’ untuk memberi pendapat dan mendapat maklumat daripada Rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Dr. Khir Toyo yang pernah mencetuskan kontroversi dengan mengadakan Anugerah Penyapu semasa memerintah Selangor dahulu, ingin mendekati diri dengan rakyat dengan menggunakan medium blog, iaitu satu medium media alternatif yang popular pada masa kini.
Tinjauan yang penulis buat ke atas blog Dr. Mohamad Khir mendapati ramai juga yang memberi komen, ada yang bernada kritikan membina, ada juga kritikan yang berunsur mengutuk dan langsung tidak membina. Sepatutnya pada masa sekarang kita perlu berubah di dalam membuat kritikan tersebut agar ia betul-betul membina.
Bagi sesiap yang berminat untuk melayari blog cetusan Dr. Mohd Khir sila layari http://drkhir.blogspot.com