Apabila Pak Lah menjadi Raket Tenis

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 6th, 2008 by yiemega

Malam tadi penulis menonton Buletin Utama yang memaparkan DS Abdullah Ahmad Badawi dengan angkuhnya mengkritik YBM Tengku Razaleigh Hamzah. DS Abdullah juga menyalahkan ahli UMNO yang mensabotaj pada pilihan raya umum yang lalu parti dan mengarahkan Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan terhadap mereka yang mensabotaj tanpa bertanya kenapa Ahli Parti melakukan perbuatan demikian. Melalui maklum balas yang penulis terima mereka ’sabotaj’ kerana mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan UMNO yang ada sekarang. Penulis lebih suka menggunakan perkataan ‘mengajar’ pemimpin UMNO yakni Presiden UMNO yang sekarang ini memegang tampuk pemerintahan negara.

Tindakan DS Abdullah yang mengkritik keras YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, jelas menunjukkan Pak Lah sudah menjadi ‘Reket Tenis’ sama seperti menteri-menteri kabinet gembalaanya. Apa yang dimaksudkan ‘Reket Tenis’ di sini ialah menjawab dakwaan dengan mengkritik orang lain. Melihat kepada sidang media yang diadakan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi tadi telah ‘menzahirkan’ yang beliau merupakan raket tenis.

Sebelum ini sudah beberapa orang Menteri Kabinet menjadi ‘Reket Tenis’ Abdullah dengan menjawab dakwaan Tun Dr. Mahathir dengan mengkritik Tun Dr. Mahathir. Jelas sekali Pak Lah dan kabinet dapurnya telah ‘menghina’ dan melupakan jasa Tun Dr. Mahathir setelah 22 Tahun mengepalai UMNO dan Menjadi Ketua Negara yang begitu hebat.

Penulis juga berpendapat bahawa tindakan yang akan dibuat oleh Parti terhadap mereka-mereka yang dianggap ‘Pak Lah’ sebagai pensabotaj parti merupakan tindakan sia-sia malahan ia akan meningkatkan lagi perpecahan yang berlaku di dalam UMNO. Tindakan ini juga bakal membuatkan UMNO akan berkubur selama-lamanya.

Pak Lah juga berkata yang YBM Tengku Razaleigh Hamzah merupakan penyebab kepada kekalahan BN di Kelantan. Pelik juga bunyinya ni, sedangkan yang jadi Presiden ialah DS Abdullah Ahmad Badawi bukanya YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan kalau kita lihat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan ialah DS Annuar Musa bukanya YBM Tengku Razaleigh Hamzah jadi apa kaitanya dengan YBM Ku Li dengan kegagalan BN menawan Kelantan. Nampaknya Pak Lah nak derhaka dengan Anak Raja berjiwa rakyat ni. Patutlah Istana Perlis dan Terengganu tidak setuju dengan perlantikan yang dicadangkan Pak Lah kerana di adalah seorang penderhaka.

Penulis berharap Ahli-Ahli UMNO seluruh negara supaya tidak percaya sebarang kata-kata yang keluar daripada Pak Lah kerana jelas menunjukkan beliau cuba menegakkan benang yang basah. Kepada ahli UMNO seluruh negara, tepuklah dada tanyalah selera. Adakah anda masih ingin pemimpin seperti menjadi pemimpin UMNO? Kuasa di tangan anda.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Ahli Parlimen BN diminta supaya jangan menyokong ‘usul tidak percaya’ yang akan dibawa Pembangkang di Parlimen

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 6th, 2008 by yiemega

Baru-baru ini kita mendegar isu bahawa Ahli Parlimen BN di sabah akan melompat Parti. Namun masalah itu di dakwa telah berjaya di selesaikan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi. Namun, penulis merasa ‘bimbang’ apabila Blog MSO Melayu mendakwa Ahli Parlimen BN dari sabah akan melompat parti sepertimana diperkatakan di Blog tersebut.

Penulis mengetengahkan isu ini bukan bermaksud merasa tidak percaya dengan Ahli Parlimen BN Sabah, tetapi penulis perlu mengambil langkah lebih awal untuk memohon jasa baik Ahli Parlimen BN Sabah supaya tidak melompat parti atau menyokong usul undi tidak percaya kepada DS Abdullah Ahmad Badawi.

Penulis faham mungkin mereka tidak berpuas hati kepada Kepimpinan UMNO sekarang tetapi jangan gunakan tiket sebagai Ahli Parlimen untuk ‘menggugat’ kedudukan Perdana Menteri sekarang kerana adalah lebih baik ia di tentukan di dalam Pemilihan UMNO yang bakal berlangsung kelak dan mengemukakan usul tidak percaya pada pemilihan tersebut memandangkan sekiranya Ahli Parlimen menyokong ‘usul tidak percaya di Parlimen besar kemungkinan Pembangkang akan mengambil alih pemerintahan negara.

Sekali lagi penulis merayu kepada Ahli Parlimen BN supaya terus kekal bersama BN dan tidak menyokong Undi tidak percaya yang akan dikemukakan oleh Pembangkang di Parlimen kerana sudah tentunya pembangkang mempunyai niat yang tidak baik untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang memenangi majoriti mudah baru-baru ini.

Soal Kepimpinan negara hendaklah diserahkan kepada akar umbi Ahli UMNO untuk membuat keputusan dan janganlah membuat keputusan terburu-buru dengan menyokong usul yang akan dibawa oleh Pembangkang untuk membolehkan ABIM atau Anwar Bin Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Percayalah kami akan memastikan kepimpinan baru akan mengambil alih teraju UMNO dan menjadi Perdana Menteri yang baru dan pastinya bukan Anwar Ibrahim.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Apabila Menteri Menjadi Kaki Ampu

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 6th, 2008 by yiemega

Tsunami Politik yang berlaku pada 8 Mac 2008 masih belum reda nampaknya. Malahan satu ‘ribut taufan’  mula melanda arena politik tanah air seperti mana ribut taufan yang berlaku di Selangor baru-baru ini. Apabila seorang negarawan yang berjasa seperti Tun Dr. Mahathir menyuarakan pendapat dan mengkritik Pentadbiran Kerajaan dan UMNO pimpinan DS Abdullah Haji Ahmad Badawi Menteri-menteri yang baru dilantik nampaknya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan DS Abdullah Ahmad Badawi.

Baru-baru ini Menteri Kabinet terus menjalankan tugasnya sebagai Pembela Abdullah Hj. Ahmad Badawi sehinggakan sanggup ‘mengkritik keras’ Tun Dr. Mahathir Mohamad tanpa mengira Jasa selama 22 Tahun Tun Dr. Mahathir membangunkan Malaysia. Perbuatan ini boleh disifatkan sebagai ‘Penderhaka’ kerana bagi penulis ada betulnya kritikan Tun Dr. Mahathir.

Pada masa sekarang ini bukan sahaja Tun Dr. Mahathir yang menjadi ‘mangsa’ kerakusan Menteri-menteri Kabinet mempertahankan Pak Lah. YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga menjadi ‘mangsa’ kerakusan Menteri-menteri Kabinet pembela DS Abdullah Ahmad Badawi. Menteri-menteri kabinet ini penulis sifatkan ‘Kaki Ampu Baru’ memandangkan mereka sayangkan jawatan berbanding kehendak akar umbi Ahli UMNO. Menteri-menteri kabinet ini boleh lah penulis labelkan seperti menteri BPA ringkasnya atau Barisan Pembela Abdullah.

Apabila Menteri-menteri ini menjadi BPA apa sahaja mereka sanggup lakukan demi mempertahankan Abdullah tanpa mengira “Jasa orang yang begitu lama memimpin UMNO dan memacu Malaysia ke arah kejayaan. Ahli UMNO seluruh negara patut memikirkan “Adakah lebih baik kita membuat usul tidak percaya di dalam UMNO ataupun Usul tidak Percaya di dalam Parlimen?

Jika Kita memberi Undi tidak Percaya di dalam UMNO ini bermakna kita akan selamatkan Malaysia daripada jatuh ke tangan pembangkang kerana ia melibatkan Ahli UMNO dan juga keputusan tetap Ahli UMNO yang menjadi Perdana Menteri atau Pihak Pembangkang akan mengusulkan “Undi tak percaya” di dalam Parlimen dan ada di Kalangan Ahli Parlimen BN yang menyokongnya berkemungkinan besar, Perdana Menteri Malaysia bukan lagi daripada UMNO dan sekaligus BN menjadi pembangkang. Terpulanglah kepada Ahli UMNO seluruh negara jika ‘mereka masih sayangkan’ UMNO hendaklah membuat EGM segera dan mengusulkan undi tidak percaya kepada Presiden UMNO sekarang. Tepuk dada tanya Selera atau Bak Kata Nabil Raja Lawak 2 “Lu Fikir Lah Sendiri”.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Masalah Dan Isu Pentadbiran DS Abdullah Ahmad Badawi

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 6th, 2008 by yiemega

Beberapa isu yang dilihat merupakan kelemahan secara terang-terangan petadbiran pimpinan DS Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

Ekonomi:
Pengembangan ekonomi yang didakwa oleh kerajaan tidak dirasai oleh rakyat bawah.
Ramai peniaga tidak berpuas hati denagn dakwaan kerajaan bahawa ekonomi negara sangat baik.

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:

Pentadbiran Abdullah membentangkan statistik dan angka mengenai ekonomi negara bagi menutup rungutan-rungutan ini. Abdullah menafikan realiti perasaan rakyat. Perdebatan, perbahasan dan pertelingkahan tamat setakat menuduh rakyat tidak cukup intelektual untuk memahami kesan ekonomi global.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai bongkak dan tidak prihatin.

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:
Abdullah mengulangi kesilapannya dan terus menafikan kelemahan serta menuduh rakyat sebagai tidak cukup intelektual untuk tidak memahami kesan ekonomi global.

Khairy Jamaluddin:
Rakyat berpendapat BN hanya dikuasai oleh Khairy dan Abdullah.

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Pencalonan Khairy Jamaluddin sebagai ahli Parlimen Rembau turut menimbulkan kemarahan semua kaum. Usaha Perdana Menteri mencalonkan menantunya dilihat sebagai satu lagi usaha pengukuhan dasar-dasar yang merugikan rakyat. Abdullah menafikan pengaruh Khairy dan terus membela Khairy dan keluarganya.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai tidak peka dan mempunyai agenda tersembunyi.

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:

Abdullah tidak melantik Khairy di dalam kabinet tetapi ini tidak cukup bagi rakyat kerana pengaruh Khairy masih terdapat dari kuncu-kuncunya yang dilantik ke jawatan yang strategik untuk melindungi kroni Abdullah. Lagipun pengaruh Khairy masih wujud di rumah Abdullah sendiri.

Tun Dr. Mahathir
Pertelingkahan pentadbiran Abdullah dengan Tun Mahathir Mohamad turut memberi kesan kepada para pengundi.

Rakyat rata-ratanya mempunyai pandangan yang sama dengna Dr. Mahathir terhadap kerajaan Barisan Nasional dan berterima kasih kepada Dr. Mahathir yang telah berusaha meluahkan pandangan ini bagi pihak mereka memandangkan luahan rakyat mengenai Abdullah di laman web, blog dan kedai kopi telah tidak diendahkan malah diperkecilkan Abdullah.

Tindakan akhbar-akhbar yang rapat dengan Abdullah dan beberapa menteri menyerang Tun Mahathir mewujudkan kemarahan rakyat dari semua kaum dan golongan terhadap Abdullah.

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah tidak menangani mahupun menjawab isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir sebaliknya bertindak mengutuk Tun Dr. Mahathir.

Tidak cukup dengan itu, Abdullah memperkecilkan jasa Tun Dr Mahathir dan cuba mencari kesalahan beliau.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai seorang yang tidak mengenang jasa, kurang ajar serta penuh dengan hasad dengki.

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:
Sehingga kini Abdullah masih lagi tidak menangani atau menjawab isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir.

Abdullah mengulangi kesilapannya memburukkan Tun Dr. Mahathir melalui Zam, Nazri, Shabery, Zaid dll ahli kabinet dapurnya.

Usaha untuk mencari salah Tun Dr. Mahathir juga diteruskan sehingga mengabaikan tugas untuk memperbaiki kelemahan sendiri.

ISLAM HADHARI:

Promosi keterlaluan Islam Hadhari dilihat sebagai ancaman oleh kaum lain.
Orang Islam (termasuk para petugas promosi Islam Hadhari sendiri) tidak setuju dengan Hadhari kerana konsep Hadhari itu sememangnya telah wujud dalam Islam dan tidak perlu diberi nama baru seolah-olah ia baru diajar oleh Nabi baru bernama Abdulah Badawi.

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah meneruskan promosi Islam Hadhari walau telah ditegur oleh rakyat melalui blog dan laman web.

Abdullah memperkatakan ttg Islam Hadhari di dalam majlis yang tidak ada kena mengena dari peringkat antarabangsa sehinggalah ke kempen pilihanraya di tempat majority bukan Islam.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai cuba mencari publisiti murah serta takbur.

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:
Abdullah mengulangi kesilapan dengan meneruskan niatnya untuk memperomosi Hadhari sebagai Islam dalam konsep baru yang diperkenalkan olehnya.

Dasar Pro Singapura
Dasar inilah yang dikritik hebat oleh rakyat yang juga merupakan kebimbangan utama Tun Dr. Mahathir terhadap pentadbiran Abdullah.

- Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.

- Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura

- Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah menangani isu ini seolah-olah ia masalah peribadi antara dia dengan Tun Dr. Mahathir dan bukannya masalah nasional dan pentadbiran.

Abdullah mengutuk dan memburukkan Tun Dr. Mahathir sebagai caranya membela diri.

Rakyat marahkan Abdullah kerana tidak menangani isu ini, tidak menjawab soalan Tun Dr. Mahathir dan juga kerana memburukkan Tun Dr. Mahathir.
Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai seorang pengkhianat Negara yang penuh dengan dendam kesumat terhadap Tun Dr. Mahathir.

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:
Abdullah mengulangi kesilapannya dan masih menganggap isu ini sebagai masalah peribadi dengan Tun Dr. Mahathir dan meneruskan usaha memburukkan Tun Dr. Mahathir atas isu-isu lain setiap kali mendengar rakyat menyuarakan isu-isu ini.

ISU KORUPSI DAN KRONISME YANG MELAMPAU
Kes ECM Libra, Pantai Holdings, MV Agusta, Scomi dan Myteam menyebabkan Negara kerugian tetapi menguntungkan keluarga serta kroni Abdullah.

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah menafikan di TV tetapi kemudian terbukti telah berbohong kepada rakyat apabila butir-butir mengenai ECM Libra, Pantai, MV Agusta dan Scomi dibentangkan oleh laman web dan bloggers malah ada yang terlepas di akhbar perdana juga.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sekeluarga sebagai tamak.
Rakyat hilang terus kepercayaan dan rasa hormat terhadap Abdullah dan seluruh kabinetnya. Rakyat mula membenci Abdullah sekeluarga.

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:

Abdullah meneruskan kesilapannya dan masih menafikan dan mempertahankan pembohongannya dalam semua isu ini.

KELEMAHAN ABDULLAH SEBAGAI PEMIMPIN:
- Isu Hindraf
- Isu ketuk ketampi bogel dalam lokap.
- Pertelingkahan antara menteri
- OIC

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah sering mengelak menjawab isu-isu ini sendiri dan menyuruh Menteri-menteri menjawab bagi pihaknya.


Abdullah mengakui tidak tahu dan tidak terlibat dalam banyak isu yang membabitkan kementeriannya.


Abdullah tidak pernah menangani isu dengan segera dan bijak.

Dalam banyak perkara dia langsung tidak cuba menyelesaikannya.



Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai seorang yang lemah dan tidak intelektual.


Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:



Mengulangi kesilapannya dengan tidak menangani semua isu dengan segera dan bijak.


Ini terbukti dengan kegagalannya mengambil tindakan segera untuk menangani isu kekalahanan BN di 5 negeri serta isu perlantikan MB Perlis dan Terengganu.

Perlu diingatkan pada 1999, Tun Dr. Mahathir terus memanggil mesyuarat membincangkan masalah kemerosotan undi BN selepas sahaja pilihanraya berakhir. Tindakan segera diambil dan penubuhan Puteri UMNO adalah hasil dari perbincangan tersebut.

MEMECAH BELAHKAN UMNO
- Bermain kotor untuk menghalang Tun Dr. M menjadi wakil Kbg Pasu.

- Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin.

- Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO.

- Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO.

- Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah memekakkan telinga dan berpura-pura tidak tahu bahawa rakyat telah tahu segala-gala permainan kotornya.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai pengamal korupsi yang paling hina


Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:

Abdullah menambahkan lagi kesilapannya dengan memberi tempat kepada mereka-mereka yang ditolak oleh rakyat, samada yang kalah atau kurang majority ke dalam UMNO dan kerajaan.

Abdullah juga telah mengambil kembali mereka yang terbukti korup ke dalam kabinetnya.

SIKAP TERHADAP MEDIA ALTERNATIF
Abdullah memandang ringan atau sepi suara rakyat melalui internet.

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah memusuhi bloggers dan webmasters. Menghina dan memperkecilkan mereka tanpa menyedari merekalah rakyat yang akan mengundi.


Teguran bloggers, forumners dan webmasters ditongsampahkan dengan sombong sekali.


Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai bodoh sombong yang tidak boleh diajar lagi.



Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:



Mat Taib dengan dangkalnya menyatakan bahawa BN telah kalah kerana bermain dalam gelanggang yang tidak adil di alam maya. Padahal BN punya peluang yang sama untuk menggunakan media alternatif kerana ia bebas tanpa perlu melalui apa-apa protocol untuk sesiapa terutama kerajaan UMNO menggunakannya.

[Sumber MYKMU.NET]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Ahli Pas Dun Kota Putra Mahu Tolak Calon Keadilan

Posted in PK Negeri, PK Semasa, PK Terengganu on February 14th, 2008 by yiemega

Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke 12 sudah makin hampir, sekarang isu calon dan kerusi memang hangat dipercingkangkan di seluruh negara, baik di sebelah pihak pembangkang ataupun di sebelah pihak BN. Namun baru-baru ini tindakan Parti Keadilan Rakyat yang mahu meletakkan calonya di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Putra mengundang kemarahan ahli-ahli Pas di kawasan tersebut.

Sekumpulan ahli PAS yang tidak mahu indentiti mereka didedahkan telah berirkrar tidak akan menyokong calon keadilan sekiranya calon keadilan diletakkan di tempat mereka. Kata mereka siapa keadilan nak bertanding kat kawasan kita, keadilan tidak boleh bertanding di sini kerana kerusid Dewan Undangan Negeri Kota Putra hanya untuk PAS, sekiranya selain daripada PAS kami tidak akan sokong dan sekiranya Keadilan bertegas untuk meletakkan calon keadilan di kawasan DUN ini, kami dengan rela akan berkempen untuk Barisan Nasional. Apa guna kita menyokong keadilan sedangkan mereka berasal dari BN juga jadi adalah lebih baik kita sokong BN terus.

Itulah diantara kata-kata mereka, bagi penulis isu ini mungkin boleh melemahkan kedudukan Barisan Alternatif di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Putra dan sekaligus akan memberi kemenangan kepada BN. Apa pun keputusan muktamad ialah pada 8 Mac 2008 ini dan jangan lupa tunaikan tanggugjawab anda sebagai pengundi berdaftar semoga parti sokongan anda semua meraih kejayaan cermelang di PRU12 nanti.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Pilihanraya Umum Ke 12 8 Mac 2008

Posted in PK Automobil, PK Semasa, PK Terengganu on February 14th, 2008 by yiemega

Tanggal 13 Februari 2008, Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengisytiharkan pembubaran parlimen dan serentak dengan itu DS Abdullah menasihati semua kerajaan negeri kecuali sarawak membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Pada 14 Februari 2008 tiba pula giliran Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Malaysia untuk membuat pengumuman. Pengerusi SPR telah mengumumkan bahawa tarikh untuk penamaan calon ialah pada 24 Februari 2008. Manakala Hari membuang undi ditetapkan pada 8 Mac 2008. Bermakna tidak lama lagi kita akan berada di suasana Pilihan Raya Umum yang Ke 12.

Semalam dengan bangganya Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang yang juga kerusi yang diduduki oleh YAB Perdana Menteri. Bagi penulis ia bukan satu cabaran malahan Tuan Guru sendiri mungkin tak selesa berada di Terengganu kerana bimbang kerusi yang dipegangnya terlepas ke tangan BN jadi dia cuba beralih ke Kepala Batas kerana sekiranya beliau kalah boleh lah dia memberi alasan yang dia bertanding di luar kawasan.

Apa-apa pun kita tunggu keputusan rasmi apabila pencalonan dibuat pada 24 Februari 2008 ini. Di Kelantan, Pula Pemuda BN Kelantan memperkenalkan slogan 18 Tahun Pade Doh yang bermaksud 18 tahun pemerintahan PAS di Kelantan sudah cukup. Satu lagi slogan yang digunakan oleh Pemuda BN Kelantan ialah Mari Pakat Kelik Ngundi yang bermaksud Jom Pakat Balik Mengundi yang ditujukan kepada rakyat Kelantan yang berada di perantauan. Nampaknya, BN Kelantan sudah bersedia untuk mengempur tetapi keputusannya hanya dapat diketahui apabila tiba 8 Mac 2008 nanti.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,