Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan…

Posted in PK Mimbar, PK Semasa, Salam Penulis on August 24th, 2009 by yiemega

SELAMAT Berpuasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak saya ucapkan kepada semua pembaca blog Pandangan Kita, terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini, bukan kerana tidak mahu mengemaskini blog ini tetapi talian internet di rumah saya sudah tiga hari mengalami kerosakkan setakat ini pun kerja-kerja pemulihan belum lagi selesai.

Bercakap mengenai puasa di Bulan Ramadhan kali ini berlainan daripada tahun lalu apabila saya memilih untuk berbuka puasa di Pasar Wakaf Che Yeh dan bersahur di Padang BAS (Medan Selera Buluh Kubu) Kota Bharu, Kelantan dan selepas Solat Terawikh makan Colek Kerang di Pasar Wakaf Che Yeh.

Alhamdulillah bulan puasa kali ini aku tak kemaruk tengok makanan di Bazaar Ramadhan, seperti tahun lalu, asal tengok je beli, asal beli je tengok mungkin entah kuih-kuih Bazaar Ramadhan kali ini belum dapat menawan selera saya kot. Takpe janji duit saya jimat.

Ok lah saya berharap para pembaca blog ini yang beragama Islam juga berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat anda dan juga saya, Sekian.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Celcom Perkenal Celcom Aircash

Posted in PK Kewangan, PK Niaga on June 7th, 2009 by yiemega

Celcom (Malaysia) Berhad telah melancarkan satu kemudahan baru untuk para pelanggan Celcom. Kini pelanggan celcom boleh menghantar wang ke Indonesia dan juga Dalam negara melalui satu khidmat tambah terbaru yang dilancarkan Celcom.

Celcom Aircash satu perkhidmatan di mana pelanggan yang berdaftar dengan Celcom Aircash berupaya untuk menghantar wang kepada sanak saudara mereka di Indonesia dan juga di dalam negara di samping kemudahan untuk tambah nilai kredit telefon mereka.

Bagi pelanggan Celcom yang berminat boleh dail *133# sekarang untuk mengaktifkan Celcom Air Cash mereka. Penambahan Dana untuk Celcom Aircash boleh dibuat di mana-mana Cawangan Celcom yang terdekat secara percuma dan juga melalui pengedar-pengedar Celcom Air Cash di Seluruh negara dengan sedikit bayaran.

Pengeluaran dana Celcom Aircash boleh dibuat di mana-mana cawangan Celcom terdekat dengan bayaran RM3 untuk satu transaksi. Di masa hadapan Celcom Air Cash akan menawarkan perkhidmatan pembayaran bil untuk kemudahan pelanggan Celcom. Tunggu apa lagi aktifkan Celcom Aircash anda, dimensi baru dalam dunia mobiliti.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Undilah Saya Untuk Pilihan Raya Chief Talker Tune Talk.com

Posted in PK Politik, PK Semasa, Salam Penulis on June 4th, 2009 by yiemega

Undilah Saya Untuk Pilihan Raya Chief Talker Tune Money.com

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat pemakluman bahawa penulis telah menyertai Pilihan Raya untuk Memilih Chief Talk untuk Tune Talk.com. Dengan penyertaan itu bermakna penulis adalah calon untuk Pilihan Raya tersebut.

Penulis meminta jasa baik pengunjung-pengujung blog Suara Generasi Muda Malaysia untuk mengundi penulis sebagai Chief Talk Tune Talk.com. Penulis amat mengalu-alukan kerjasama pembaca-pembaca sekalian.


Bagi memudahkan pihak pembaca Suara Generasi Muda Malaysiapenulis telah menggariskan beberapa manifesto penulis untuk memenangi Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com:
Manifesto Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com Penulis:

  1. Mendermakan seberapa banyak komputer untuk kegunaan anak-anak yatim di
    1. rumah-rumah anak yatim yang terpilih.
    2. Membuat seberapa banyak programpendedahan Teknologi Maklumat kepada anak-anak yatim di rumah-rumah anak yatim yangterpilih.
    3. Melaksanakan Program untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak yatim seperti program motivasi, kem jati diri dan seumpama denganya.
    4. Membuat sumbangan kepada beberapa orang anak yatim yang tidak tinggal di rumah anak yatim dan keluarganya kurang berkemampuan.
    5. Mengembalikan anak-anak yatim yang tercicir dari Pelajaran kerana desakkan hidup ke alam persekolahan dengan bantuan kewangan daripada penulis.
    6. Memberi perhatian khusus kepada anak-anak yatim yang bersekolah di sekolah harian biasa untuk mempertingkan prestasi pencapaian akademik mereka.
    7. Membantu keluarga-keluarga anak yatim dengan bantuanyang sewajarnya dan lebih kepada ‘memberi pancing’ dan bukanya ‘memberi ikan’ sebagaimana yang selalu dibuat oleh orang sebelum ini.
    “UNDILAH SAYA UNTUK KEBAJIKAN”
    “SATU UNDI UNTUK ANAK YATIM”

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Salam dari Kota Bharu Kelantan

Posted in Salam Penulis on March 6th, 2009 by yiemega

Assalamualaikum w.b.t,

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukan tugas sebagai Kaunselor Pelatih di SMK Zainab 2 Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya penulis dapat meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog ini.

Pada kesempatan ini penulis ingin mencoretkan sedikit pengalaman penulis sebagai Kaunselor Pelatih SMK Zainab 2 untuk dikongsikan bersama pembaca setia blog ini untuk menjadi rujukan kepada semua terutamanya kaunselor-kaunselor di sekolah lain.

Tugas sebagai Kaunselor Pelatih ini agak mencabar kerana tugas kita memerlukan kesabaran yang tinggi di dalam mengendalikan pelajar-pelajar yang beraneka ragam. Pelajar Sekolah pada hari ini tidak sama seperti pelajar sekolah pada masa dulu, perangai mereka juga berbeda jika dibandingkan di zaman penulis bersekolah dahulu.

SMK Zainab 2 letaknya di tengah-tengah Bandaraya Kota Bharu, Kelantan dan sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah bandar. Memang banyak cabaranya bertugas di sekolah ini.

Pelajar-pelajarnya juga beraneka ragam, sebagai sekolah yang terletak di tengah bandar, mereka mudah terdedah dengan anasir-anasir luar seperti punk, gothic dan filem lucah yang mudah dilayari di kafe-kafe siber sekitar bandaraya Kota Bharu namun penulis menganggap ia hanyalah cabaran yang perlu penulis harungi demi mendidik anak bangsa dan melahirkan modal insan yang terbilang.

Boleh dikatakan hampir  50% Pelajar sekolah ini mengalami kekurangan kasih sayang ibu-bapa kerana kebanyakkan ibu-bapa mereka bekerja, malah ada yang celik mata di dinihari tidak melihat ibu dan bapanya, dan saat matanya di pejam di malam hari tidak dapat juga melihat raut wajah ibunya atau dengan kata lain rata-rata mereka dibesakan dengan kasih sayang wang ringgit bukan kasih sayang yang kekal abadi selamanya.

Pelajar yang kurang mendapat curahan kasih daripada ibu bapa mereka berpotensi besar untuk menjadi pelajar yang bermasalah disiplin dan tidak hairanlah sekiranya kebanyakkan pelajar yang mempunyai rekod disiplin adalah pelajar yang kurang mendapat curahan kasih daripada ibu bapa mereka.

Kebanyakkan ibu-bapa pelajar di sekolah ini meletakkan tanggungjawab curahan kasih pada guru-guru sekolah ini dengan harapan agar anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna walhal pada masa yang sama mereka tidak sedar yang tanggungjawab mereka sudah terabai.

Jika berlaku sebarang masalah disiplin membabitkan pelajar, rata daripada mereka akan menyalahkan pihak sekolah dan memberikan hukuman yang melampau terhadap anak mereka walaupun itu adalah kesalahan pertama anak mereka sebagai contoh baru-baru ini ada salah seorang pelajar yang ponteng kelas dan sampai ke pengetahuan ibu dan bapanya.

Kelakuan pelajar tersebut menyebabkan ibu-bapa mereka naik minyak, dan ibu bapa pelajar tersebut telah bertindak di luar dugaan dengan menampar anak mereka tersebut di khalayak ramai sebanyak dua kali.

Kali pertama di warung kopi berhadapan dengan pintu pagar sekolah dan kali kedua di dalam bilik darjah. Secara rasionalnya penulis amat tidak bersetuju dengan tindakan ibu-bapa pelajar ini kerana ia bakal membuatkan pelajar akan memendamkan dendam kerana dia mempunyai hati dan perasaan, tindakan ibu-bapa pelajar ini juga boleh membawa kepada kecelekaan yang dasyat dan tidak mustahil la pelajar ini sewaktu mereka sudah berkerjaya kelak mereka akan menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua pada waktu itu menangis keluar air mata darah sekalipun tidak berguna lagi.

Perlu diingatkan di dalam kita menghukum anak-anak kita dalam masa yang sama kita perlu pastikan agar hati anak-anak kita tidak terluka umpama ditusuk sembilu, ingat mereka juga manusia biasa seperti kita yang mempunyai hati dan perasaan jangan perlakukan mereka seperti binatang ternakan. Nasihatila anak anda dengan menggunakan cara psikologi kerana ia lebih berkesan berbanding menghukum.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,