Mencari Cinta Sempurna…

Posted in PK Mimbar on September 13th, 2009 by yiemega

CINTA ungkapan yang menarik minat semua orang. Bercakap pasal cinta ramai yang berminat, malah ada yang pernah bercinta dari darjah satu lagi. Itulah penangan-penangan cinta, malah demi cinta ada yang sanggup membunuh diri, demi cinta ada yang sanggu berenang di laut api, demi cinta adak yang sanggup dibelah dadanya dengan kapak.

Ramai orang berebut mencari cinta, namun tidak kurang yang tidak mengerti apakah ertinya sebuah cinta. Sebenarnya ada banyak yang boleh diperkatakan tentang cinta sehinggakan ada yang mendakwa tanpa cinta kita derita dan bermacam-macam lagi mitos mengenai cinta.

Cinta sebenarnya boleh dikategorikan sebagai beberapa kategori. Kategori pertama ialah Cinta Main-Main yang lazimnya pemainya adalah seseorang berumur 7-12 Tahun, mereka bercinta sekadar untuk suka-suka ataupun sekadar untuk main-main dan bukanya mengharapkan lebih daripada itu. Cinta main-main bukanlah cinta yang kekal abadi ia lebih kepada sekadar memenuhkan masa lapang, apabila jemu pelaku akan berhenti.

Cinta Monyet merupakan salah satu kategori cinta, di mana lazimnya pelakunya berumur 13-17 tahun. Cinta kategori ini kadang dua-dua subjek(pelaku cinta) tidak serius, malah kadang-kadang ada salah seorang daripada pelaku yang serius. Cinta ini juga tidak kekal, cinta ini sekadar untuk memenuhi fitrah manusia yang dahagakan cinta dan tidak boleh mengharapkan apa yang lebih daripada itu.

Satu lagi kategori cinta adalah Cinta Separa Serius, lazimnya pelakunya berumur 17-20 tahun. Cinta kategori ini biasanya pelakunya sentiasa tenggelam di dalam kekeliruan memilih cinta yang asli. Kadang-kadang mereka memilih yang buruk, membuang yang baik kerana sebenarnya mereka masih keliru dengan keaslian cinta. Cinta ini pun tidak akan kekal buat selamanya, malah akan putus sekerat jalan.

Cinta Serius satu lagi kategori cinta yang ada di dunia ini. Lazimnya pelakunya berumur 20 tahun - infiniti. Cinta Serius merupakan cinta kedua-dua belah pihak mengharapkan harapan yang tinggi setinggi gunung. Pelakunya lazimnya mengidamkan cinta mereka hingga ke jinjang pelamin. Cinta ini juga bukan cinta sempurna tidak kekal kerana apa jua boleh terjadi dalam perjalanan cinta mereka walaupun mereka berjaya ke jinjang pelamin.

Cinta Sempurna merupakan cinta yang perlu dicari oleh kita kerana cinta ini akan berkekalan tak akan dimakan waktu, tak ada penghujung dan tidak berhayat. Sepertimana ungkapan “Kalau cintakan bunga, bunga kan layu, Kalau cintakan manusia, manusia kan mati, cinta yang paling agung dan sempurna adalah cinta kepada Allah tuhan seru sekian alam, dan Allah sentiasa ada memberikan cinta kepada kita. Berusahalah untuk mendapatkan cinta sempurna.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , , , ,