Apa Khabar Faizal AF4?

Posted in PK Hiburan, PK Profil Artis on June 30th, 2009 by yiemega

Faizal AF4

Faizal AF4

Apa Khabar Faizal AF4?

Faizal AF4 atau nama penuhnya Faizal Ramly seorang artis yang dilahirkan melalui satu rancangan realiti TV yang terkenal iaitu Akademi Fantasia pada musim yang keempat. Sudah lama kita tidak mendegar berita mengenai beliau adakah beliau masih lagi aktif dalam dunia seni ataupun masih bertapa di rumahnya.

‘Kesenyapan’ ini membuat orang ramai terutamanya peminatnya begitu tertanya-tanya ke manakah perginya seorang penyanyi yang berkebolehan dan mempunyai suara ala ’serak-serak’ basah ini.

Ada juga yang berkata ‘kesenyapan’ berlaku kerana syarikat rakamanya lebih mendahulukan orang lain daripada Faizal selain itu ketiadaan kontroversi mengenai beliau juga menjadi faktor mengapa beliau ’sepi’ di dalam dunia hiburan tanah air.

Benar! sebelum ini pernah ada kontroversi mengenai beliau tetapi ‘kontroversi’ itu sekejap sahaja tidak seperti ‘kontroversi’ yang dicetuskan oleh Mawi seorang penyanyi yang dikatakan ada Aura dan kini gagal mempertahankan ABP yang dimenanginya dulu kerana Faizal ni seorang yang suka berterus terang, jadi jika bertanya Faizal akan menjawabnya dengan jujur tidak seperti Mawi.

Pihak-pihak penyiaran seperti radio dan tv juga dilihat sekarang sudah tidak lagi menjemput beliau untuk konsert-konsert, menyiarkan lagu beliau dan malah media masa pun kurang menceritakan berita mengenai beliau. Sayang Sekali penyanyi yang berbakat besar ini dinafikan hak untuk berjaya oleh mereka-mereka yang hanya mementingkan keuntungan.

Penulis berharap satu masa nanti ada pihak yang dapat membuat ‘Come Back’ Faizal dengan lagu-lagu yang boleh memanaskan carta muzik Malaysia dan lagu yang terbaik untuk penyanyi yang terbaik, demi kesinambungan kerjaya seni Faizal dan juga arena muzik tanah air lebih baik mereka melakukan sesuatu.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Loloq Kembali Ke Rahmatullah

Posted in PK Hiburan on January 30th, 2008 by yiemega

Loloq - Rosli Khamis

 Awal tahun 2008 negara kita kehilangan seorang lagi ‘permata’ di arena muzik tanah air. Rosli Khamis atau yang lebih dikenali dengan nama Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada pukul 1.37 petang tadi kerana pendarahan otak.

 Dengan perginya Rosli Khamis atau Loloq kita  kehilangan satu lagi permata berharga yang menyinari dunia muzik air kita. Loloq bukan sahaja seorang pencipta lagu yang berbakat malahan turut berbakat di dalam dunia lakonan, kehilangganya membuatkan kita semua merasa sedih, penulis doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Marilah kita bersama-sama sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan kepada keluarga Allahyarham takziah kami ucapkan. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati.

Maklumat diperolehi daripada: Utusan Online

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,