Apabila Pak Lah menjadi Raket Tenis

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 6th, 2008 by yiemega

Malam tadi penulis menonton Buletin Utama yang memaparkan DS Abdullah Ahmad Badawi dengan angkuhnya mengkritik YBM Tengku Razaleigh Hamzah. DS Abdullah juga menyalahkan ahli UMNO yang mensabotaj pada pilihan raya umum yang lalu parti dan mengarahkan Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan terhadap mereka yang mensabotaj tanpa bertanya kenapa Ahli Parti melakukan perbuatan demikian. Melalui maklum balas yang penulis terima mereka ’sabotaj’ kerana mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan UMNO yang ada sekarang. Penulis lebih suka menggunakan perkataan ‘mengajar’ pemimpin UMNO yakni Presiden UMNO yang sekarang ini memegang tampuk pemerintahan negara.

Tindakan DS Abdullah yang mengkritik keras YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, jelas menunjukkan Pak Lah sudah menjadi ‘Reket Tenis’ sama seperti menteri-menteri kabinet gembalaanya. Apa yang dimaksudkan ‘Reket Tenis’ di sini ialah menjawab dakwaan dengan mengkritik orang lain. Melihat kepada sidang media yang diadakan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi tadi telah ‘menzahirkan’ yang beliau merupakan raket tenis.

Sebelum ini sudah beberapa orang Menteri Kabinet menjadi ‘Reket Tenis’ Abdullah dengan menjawab dakwaan Tun Dr. Mahathir dengan mengkritik Tun Dr. Mahathir. Jelas sekali Pak Lah dan kabinet dapurnya telah ‘menghina’ dan melupakan jasa Tun Dr. Mahathir setelah 22 Tahun mengepalai UMNO dan Menjadi Ketua Negara yang begitu hebat.

Penulis juga berpendapat bahawa tindakan yang akan dibuat oleh Parti terhadap mereka-mereka yang dianggap ‘Pak Lah’ sebagai pensabotaj parti merupakan tindakan sia-sia malahan ia akan meningkatkan lagi perpecahan yang berlaku di dalam UMNO. Tindakan ini juga bakal membuatkan UMNO akan berkubur selama-lamanya.

Pak Lah juga berkata yang YBM Tengku Razaleigh Hamzah merupakan penyebab kepada kekalahan BN di Kelantan. Pelik juga bunyinya ni, sedangkan yang jadi Presiden ialah DS Abdullah Ahmad Badawi bukanya YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan kalau kita lihat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan ialah DS Annuar Musa bukanya YBM Tengku Razaleigh Hamzah jadi apa kaitanya dengan YBM Ku Li dengan kegagalan BN menawan Kelantan. Nampaknya Pak Lah nak derhaka dengan Anak Raja berjiwa rakyat ni. Patutlah Istana Perlis dan Terengganu tidak setuju dengan perlantikan yang dicadangkan Pak Lah kerana di adalah seorang penderhaka.

Penulis berharap Ahli-Ahli UMNO seluruh negara supaya tidak percaya sebarang kata-kata yang keluar daripada Pak Lah kerana jelas menunjukkan beliau cuba menegakkan benang yang basah. Kepada ahli UMNO seluruh negara, tepuklah dada tanyalah selera. Adakah anda masih ingin pemimpin seperti menjadi pemimpin UMNO? Kuasa di tangan anda.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Fitna Satu Penghinaan

Posted in PK Semasa on March 31st, 2008 by yiemega

 

Sebuah filem yang secara terang-terangan menghina Islam adalah Fitna. Filem pendek ini memaparkan keganasan yang dikaitkan dengan ayat-ayat Al-quran. Penayangan filem ini menimbulkan kemarahan umat Islam di seantero dunia termasuklah Malaysia.

“Kami tidak boleh terima alasan yang dibuat oleh mereka yang mengatakan membuat filem ini berdasarkan kebebasan bersuara, kerana dengan membuat perkara ini akan menambahkan lagi masyarakat Islam dengan agama lain” itulah antara petikan-petikan yang diambil oleh orang Islam di Malaysia.

Pada pandangan penulis Fitna satu filem yang menghina Islam. Mengapa mereka suka membuat filem-filem yang menghina Islam? Apa salah umat Islam kepada mereka?.  Penulis mengutuk sekeras-kerasnya penyebaran filem yang boleh mengakibatkan pergaduhan antara agama ini, kepada blok barat atau lebih tepat lagi blok Yahudi, kamu kena sedar bahawa masyarakat Islam ada maruah.

Penulis difahamkan filem ini telah dimuat naik di sebuah laman web video popular di kalangan pengguna internet iaitu youtube. Penulis pun hairan mengapa youtube masih mengekalkan kandungan video tersebut. Bak kata Nabil Rajal Lawak 2 “Lu fikir lah sendiri”.

Akhir kalam, wahai orang-orang yang beriman bersatulah menentang satu penghinaan terhadap Islam. Islam adalah sejahtera bukan pengganas.  Semoga umat Islam tidak diperlekehkan lagi pada masa-masa yang mendatang.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,