Celcom Perkenal Celcom Aircash

Posted in PK Kewangan, PK Niaga on June 7th, 2009 by yiemega

Celcom (Malaysia) Berhad telah melancarkan satu kemudahan baru untuk para pelanggan Celcom. Kini pelanggan celcom boleh menghantar wang ke Indonesia dan juga Dalam negara melalui satu khidmat tambah terbaru yang dilancarkan Celcom.

Celcom Aircash satu perkhidmatan di mana pelanggan yang berdaftar dengan Celcom Aircash berupaya untuk menghantar wang kepada sanak saudara mereka di Indonesia dan juga di dalam negara di samping kemudahan untuk tambah nilai kredit telefon mereka.

Bagi pelanggan Celcom yang berminat boleh dail *133# sekarang untuk mengaktifkan Celcom Air Cash mereka. Penambahan Dana untuk Celcom Aircash boleh dibuat di mana-mana Cawangan Celcom yang terdekat secara percuma dan juga melalui pengedar-pengedar Celcom Air Cash di Seluruh negara dengan sedikit bayaran.

Pengeluaran dana Celcom Aircash boleh dibuat di mana-mana cawangan Celcom terdekat dengan bayaran RM3 untuk satu transaksi. Di masa hadapan Celcom Air Cash akan menawarkan perkhidmatan pembayaran bil untuk kemudahan pelanggan Celcom. Tunggu apa lagi aktifkan Celcom Aircash anda, dimensi baru dalam dunia mobiliti.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Tindak-tanduk biadab Hindraf ancam negara – Perkasa

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 20th, 2009 by yiemega

Tindak-tanduk biadab pertubuhan haram Hindraf jika tidak dihentikan segera dikhuatiri akan membawa kepada permasalahan keselamatan negara yang lebih besar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau telah menyampaikan kebimbangan itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dalam pertemuan hampir dua jam hari ini.

“Hindraf ini satu kumpulan kecil rakyat Malaysia yang rasa diri mereka cukup hebat, mereka rasa jika dibakar pun tak hangus, mereka rasa kebal dari segi undang-undang dan mereka buat macam-macam manakala kita majoriti rakyat sedang melihat sahaja.

“Kita beritahu kepada Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis, jangan sampai rakyat lain juga tidak menghormati undang-undang dan kalau ini berlaku maknanya negara kita tidak akan selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan itu di Bukit Aman di sini hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

Tambah Ibrahim, Uthayakumar perlu menghormati institusi polis dan kaum lain di negara ini.

“Bukan Uthayakumar sahaja penduduk Malaysia, saya pun penduduk negara ini. Saya orang Melayu, penduduk asal negara ini, tentu terasa bila beliau membuat kenyataan mencabar institusi yang kita beri kepercayaan untuk menjaga keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain Hindraf, beliau juga berbincang mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tindakan Majlis Peguam meluluskan usul mendesak Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan kerana dikatakan menahan lima peguam secara salah.

Katanya, dalam isu Majlis Peguam itu, perbincangan mendalam dengan pihak polis mendedahkan bahawa jabatan itu telah bertindak dengan tepat dan profesional.

“Oleh itu kita mengecam sekeras-kerasnya Majlis Peguam meluluskan usul agar Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan,” katanya.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Info Chikugunya

Posted in PK Petua, PK Semasa on May 16th, 2009 by yiemega

Sejenis Penyakit berjangkit yang disebabkan virus chikugunya melalui nyamuk aedes. Aedes juga membawa penyakit denggi. Di Malaysia Chikugunya tidak pernah dilaporkan menyebabkan pendarahan atau kematian. Kebanyakkan pesakit mengalami simptom tidak berlarutan dan sembuh sepenuhnya.

Pesakit akan mendapat imuniti sepanjang hayat selepas dijangkiti “Chikugunya”, tetapi sebahagian pesakit yang berumur boleh mengalami gejala sakit sendi yang berpanjangan lebih lama dari kebiasaan.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Kabinet Rakyat 2009

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 9th, 2009 by yiemega

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...
Image via Wikipedia

“Kabinet Rakyat” itulah ungkapan yang keluar daripada Perdana Menteri Malaysia yang keenam yang baru sahaja mengangkat sumpah pada Jumaat Lepas. Penulis berharap apa yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Baru tersebut tidak hanya kekal sebagai seindah ungkapan semata-mata.

Perdana Menteri yang keenam itu pada hari ini turut menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh beliau kerana beliau telah beralih ke kerusi Perdana Menteri.

Pada sidang akhbar pengumuman Kabinet Baru juga, DS Najib Tun Razak turut membuat kenyataan bahawa “Era Kerajaan Sentiasa Betul” Sudah Berakhir. Selain itu, beliau turut mengumumkan penubuhan Jabatan Baru untuk menilai prestasi-prestasi Menteri berdasarkan KPI.

DS Najib turut mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi yang dianggotai oleh beberapa orang dan mereka adalah bertaraf menteri. Namun masih belum diketahui siapa yang bakal menganggotai Majlis itu yang berfungsi sebagai Pasukan Khas untuk memulihkan ekonomi negara itu.

Penulis dan Rakyat Malaysia berharap Kabinet Malaysia yang baru dibentuk ini dapat bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, berdedikasi, bersih dan bebas dari Rasuah kerana Era Kerajaan Sentiasa Betul sudah berakhir.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,