Forum Mencanai Minda

Posted in PK Politik, PK Semasa on June 20th, 2008 by yiemega

 

Forum Mencanai Minda ‘ Suntikan Semangat Satria Pasca PRU Ke 12 ‘ Anjuran Rakyat Cengal Selatan (8 Parlimen)

Tempat : Hotel Angsoka Teluk Intan Perak

Jam : 2.00 Petang - 4.30 Petang Bersama Tan Sri Sanusi Junid,

Datuk Paduka Ibrahim Ali dan Datuk Ruhanie Ahmad.

22 Jun 2008 (Ahad)

 

Jam : 4.30 - 7.30 Petang Program Sepetang Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Pimpinan Akar Umbi Perak Selatan.

Semua Di Jemput Hadir.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Ku Li: Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ‘Cacat’ (Kurang upaya), tawar diri untuk pimpin UMNO dan betulkan keadaan

Posted in PK Politik, PK Semasa on June 16th, 2008 by yiemega

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan bahawa Kepimpinan PMFlip-FlopDato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal ujudkan Malaysia yang ekonominya makmur, walaupun negara ini mempunyai sumber yang banyak dan potensi yang amat besar.

Beliau berucap dalam majlis anjuran Cawangan UMNO Gombak di K Klub, Paradise Century Club, Taman Melawati, Ulu Kelang pagi ini.

“Kita mempunyai kekayaan dan masa lepas kita berjaya bangunkan ekonomi dan kesanya, masyarakat membangun, terutama orang Melayu. Hari ini, walaupun harga kommoditi tinggi, tapi kesan kenaikan harga petrol melonjak inflasi dan sudah member kesan negatif kepada rakyat”, sambil merujuk kepada kuasa pembelian menjadi kecil.

Beliau merumuskan Kepimpinan ‘gagal’ kerana:

1.Keadaan politik yang tidak menentu

2. Kedudukan ekonomi dalaman menurun, inflasi naik, produktiviti kurang, gaya hidup menurun dan simpanan makin tiris

3. Selepas PRU 12, menyaksikan bahawa kedudukan Melayu yang selama ini diperjuangkan UMNO mula dicabar oleh Bukan Melayu dan orang Melayu ‘pertengahan’ dan berfahaman liberal

Beliau menyifatkan Kepimpinan yang ada sebagai ‘cacat’ (kurang upaya) dan mengesa ianya ditukarkan segera, demi kesejahteraan negara dan kepentingan orang Melayu. “UMNO itu masih relevan kerana berjaya memperjuang dan meningkatkan orang Melayu. Hanya Kepimpinan sahaja yang tidak relevan!”.

Beliau juga menjelaskan bahawa hak parti dan ahli untuk menentukan Kepimpinan dan bukan hak pemimpin untuk menentukan siapa yang layak memimpin, sambil member rujukan mengenai plan ‘Peralihan Kuasa’ yang diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kepada Timbalan Presiden UMNO DatoSeri Mohd. Najib Tun Razak beberapa hari lepas tanpa mengumumkan jadual sebenar.

Dengan itu, beliau menawarkan diri untuk memimpin parti dan berazam untuk membetulkan keadaan dan berikrar akan memberikan orang lain memimpin apabila tugasnya selesai, yang dijangkakan dalam tempoh jangkasamasa serdehana.

Beliau mengingatkan sekiranya keadaan tidak dibaiki segera, rakyat semakin resah dan gaya hidup yang semakin sempit, maka dikhuatitri akan berlaku keadaan tidak ketentuan yang akan meninggalkan kesan negatif kepada negara dan rakyat “Selagi tidak selesai, hak dan keperluan rakyat yang berbeza ini, nanti akan timbul isu perkauman dan mungkin akan menjadi situasi yang huru hara. Ini akan merugikan semua dan membawa kita kebelakang”.

dipetik dari:

http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Beri Peluang Pada Tengku Razaleigh Membuat Reformasi Ekonomi Negara

Posted in PK Politik, PK Semasa on June 8th, 2008 by yiemega

Kenaikkan harga minyak yang paling tinggi di dalam sejarah telah dicatatkan di dalam sejarah Malaysia beberapa hari lalu yang juga merupakan yang tertinggi di dalam lima era Perdana Menteri. Jelas sekali Perdana Menteri sekarang ini tidak berupaya untuk membuat perancangan ekonomi agar kenaikkan harga minyak dunia tidak membebankan rakyat Malaysia yang juga merupakan negara pengeluar minyak.

Kesilapan besar Perdana Menteri sekarang ini ialah tindakan beliau yang mengapungkan matawang Malaysia iaitu Ringgit Malaysia yang sebelum ini ditambat pada kadar RM3.80 telah dibebaskan dan mungkin akan ada spekulator asing akan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan nilai Ringgit dalam masa yang sama akan menjatuhkan ekonomi Malaysia.

Pada pandangan penulis formula ekonomi yang digunakan oleh Perdana Menteri sekarang ini iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berhasil dan telah mengakibatkan rakyat terbeban dengan suasana ini. Jadi Reformasi Ekonomi hendaklah dibuat agar rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikkan harga minyak dunia ini dan mengoleh mengakibatkan bukan sahaja rakyat ‘naik minyak’ tetapi juga ada yang sanggup membakar diri kerana tidak tertahan dengan kos sara hidup yang mencanak naik pada masa ini.

Reformasi Ekonomi boleh dilakukan oleh orang yang betul-betul pakar dengan Ekonomi yang sudah ada di dalam UMNO itu sendiri. Setakat ini, orang yang benar-benar boleh membuat reformasi ekonomi dan pernah di uji keupayaan pengurusan ekonominya ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Datuk Mustapha Mohammad.

Namun pilihan yang lebih bijak tentulah Tengku Razaleigh Hamzah memandangkan beliau pernah memegang jawatan Menteri Kewangan sebelum ini. Malah dia bebas dari pengaruh keluarga dan kroni memandangkan beliau tiada anak dan di dalam masa yang sama beliau tiada menantu.

Ketokohan dan Ketegasan Tengku Razaleigh sememangnya diperlukan untuk menstabilkan ekonomi negara yang terjejas terus selepas mengguna pakai Formula Ekonomi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada masa ini. Jadi berilah peluang kepada Tengku Razaleigh untuk berkhidmat kerana kata orang “belum cuba, belum tau”.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kemenangan Tengku Razaleigh Satu Kemenangan Rakyat

Posted in PK Politik, PK Semasa on June 7th, 2008 by yiemega

Di dalam suasana Ekonomi yang tidak menentu ini sudah tentunya kita memerlukan seorang Pakar Ekonomi di dalam membuat penyusunan semula Ekonomi negara. Bagi mengurangkan pemindahan bebanan ekonomi Kerajaan kepada rakyat jelata khasnya.

Kenaikkan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri Sekarang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memberi kesan yang mendalam kepada rakyat jelata khusunya rakyat jelata yang masih hidup “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” mungkin juga kenaikkan harga minyak ini tidak memberi kesan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdeni dan Para Menteri Kabinet kerana perbelanjaan mereka semuanya ditanggung oleh kerajaan.

Penulis juga setuju dengan pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohammad bahawa kerajaan sepatutnya ada alternatif lain selain daripada menaikkan harga minyak yang juga boleh disifatkan melampau. Kenaikkan harga minyak paling tinggi di dalam sejarah lima Perdana Menteri yang pernah menerajui negara telah diumumkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkan tindakan itu kerana terpaksa walaupun tindakan itu dianggap tindakan tidak popular yang sering digunakan oleh beliau semasa era kepimpinan beliau.

Faktor kenaikkan harga minyak ini penulis boleh menganggap bahawa faktor kelemahan pendekatan dan Strategi Ekonomi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pada itu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lemah Ekonomi dan tidak wajar lagi diberi peluang menerajui negara.

Penulis melihat orang yang benar-benar layak untuk membuat penyusunan semula Ekonomi negara di samping mengembalikan harga minyak kepada harga asal ialah Tengku Razaleigh Hamzah kerana beliau mempunyai kepakaran ekonomi yang juga boleh disifatkan sebagai luar biasa. Mungkin Faktor Umur Tengku Razaleigh membuatkan orang tidak mahu memilihnya, namun dalam masa terdekat ini tiada salahnya untuk memberi kepercayaan kepada Tengku Razaleigh untuk mengetuai negara dan menstabilkan kembali ekonomi negara.

Pada pandangan penulis sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah berjaya memenangi kerusi Presiden UMNO dan dilantik jadi Perdana Menteri, penulis boleh menyifatkan ia adalah satu kemenangan rakyat. Jadi bersama-samalah kita merealisasikan kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah demi kepentingan rakyat.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,