Info Chikugunya

Posted in PK Petua, PK Semasa on May 16th, 2009 by yiemega

Sejenis Penyakit berjangkit yang disebabkan virus chikugunya melalui nyamuk aedes. Aedes juga membawa penyakit denggi. Di Malaysia Chikugunya tidak pernah dilaporkan menyebabkan pendarahan atau kematian. Kebanyakkan pesakit mengalami simptom tidak berlarutan dan sembuh sepenuhnya.

Pesakit akan mendapat imuniti sepanjang hayat selepas dijangkiti “Chikugunya”, tetapi sebahagian pesakit yang berumur boleh mengalami gejala sakit sendi yang berpanjangan lebih lama dari kebiasaan.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Fakta Selsema Babi (H1N1)

Posted in PK Semasa on May 4th, 2009 by yiemega

Apakah Selsema Babi (H1N1) ?

Sejenis virus yang disebarkan oleh Babi kepada manusia yang mempunyai kaitan langsung pada haiwan tersebut. Virus tersebut adalah campuran Virus Babi dengan Virus Manusia dan Burung.

Simptom Virus Selsema Babi?

sama seperti selsema biasa iaitu demam, batuk, sakit tekak, sakit anggota badan, sakit kepala, seram sejuk, keletihan cirit-birit dan muntah-muntah.

Bagaimana Virus ini Berjangkit?
Virus ini merebak melalui batuk atau bersin yang tidak dilindungi atau menerusi sentuhan pada mulut dan hidung dengan tidak berbasuh, Virus selsema Babi mampu hidup atas tapak tangan selama beberapa jam.

Langkah-langkah pencegahan

Guna tisu semasa batuk atau bersin

Elak guna tangan untuk buang hinggus

Basuh tangan dengan kerap

Jika tiada sabun dan air gantikan dengan gel tangan.

Tinggal di rumah jika anda sakit dan jauhkan anak anda dari sekolah.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,