Mencari Sinar Di Bulan Ramadhan

Posted in PK Mimbar, PK Semasa on September 8th, 2008 by yiemega

Kini sudah genap lapan hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA kita berjaya mengharungi duri dan ranjau yang timbul sepanjang lapan hari kita berpuasa. Ramadhan memang mengajar kita erti kesabaran tambahan pula sabar itu separuh daripada iman.

Dewasa ini, umat Islam di Malaysia tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan ibadat yang dituntut terhadap umatnya yang terkandung di dalam Rukun Islam yang ketiga kerana Malaysia masih aman tidak senasib dengan umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan yang sentiasa berbuka puasa di dalam ‘ketakutan’.

Di bulan Ramadhan ini jugalah Allah tuhan seru sekian alam menguji sejauh mana kesabaran kita. Kita selalu memandang remeh tentang sesuatu perkara walaupun perkara itu tidak sepatutnya kita memandangnya remeh. Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, umat Islam semestinya berusaha menjadikan Ramadhan yang terbaik berbanding yang lalu.

“Sabar” ianya separuh daripada iman. Di bulan seribu rahmat ini ‘kesabaran’ memang dituntut. Bercakap pasal kesabaran mahu menceritakan sebuah kisah yang ada kaitan dengan ‘kesabaran’. Kita sememangnya boleh bersabar untuk menunggu ketibaan waktu berbuka puasa walaupun ianya memakan masa berjam-jam lamanya.

Apa yang anehnya, kita mungkin tidak akan bersabar untuk sekadar beberapa minit. Sebagai contoh, di bulan ini, pasti ada yang lebih suka berbuka puasa di warung-warung, kedai-kedai dan restoran-restoran. Apa akan terjadi sekiranya pesanan yang dibuat lewat disiapkan, dan hanya yang dapat disiapkan mengikut waktu adalah kuih-muih, dan minuman sahaja cuma menunggu masa lebih kurang beberapa minit aja. Penulis pasti ramai yang mengambil tindakan memarahi pelayan gerai, kedai makan atau restoran tersebut kerana kelewatan itu. Dalam tidak sedar, mereka sebenarnya sudah hilang kesabaran sepertimana kata penulis tadi ‘Manusia boleh bersabar berjam-jam lamanya tetapi tidak dapat bersabar untuk hanya beberapa minit sahaja.

Kadang-kadang terlintas juga di benak penulis, bilakah mereka ingin berubah ataupun ia tak akan berubah selagi mereka menggunakan prinsip ‘pelanggan sentiasa betul‘, ya betul penulis memang akui ‘pelanggan sentiasa betul’ tetapi ia bukanya satu lesen untuk kita hilangkan kesabaran kita. Cubalah bayangkan apa akan terjadi sekiranya anda semua berada di tempat ‘pelayan’ tersebut ketika orang lain sudah berbuka kekenyangan, anda hanya berbuka dengan seteguk air dan kemudianya dimarahi dan ditengking pula oleh pelanggan. Sedarkah kita sudah menyakiti hati orang lain pada bulan seribu rahmat ini.

Penulis ingin mencabar, agar semua umat Islam cuba berubah sebaik mungkin dan dalam masa yang sama pastikan anda tidak kehilangan sabar kerana sabar itu separuh daripada iman. Ingat, mungkin hari ini anda seorang pelanggan yang memarahi pelayan, tidak mustahil satu hari nanti anda seorang pelayan yang dimarahi pelanggan pada ketika itu anda akan rasalah apakah perasaan sebenar seorang pelayan apabila dimarahi pelanggan. Berubahlah ke arah kebaikkan!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,