PAS berjaya Menjajah Kedah

Posted in PK Kedah, PK Semasa on March 10th, 2008 by yiemega

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke 12 menyaksikan Kedah menjadi satu lagi negeri yang berjaya dijajah oleh PAS. Nampaknya strategi Pembangkang menjadi. Dengan kemenangan PAS di Kedah ini bermakna PAS sudah berjaya di dalam misinya untuk menjajah Kedah. Dengan penjajahan PAS ini menyaksikan Azizan Abu Bakar bakal mengepalai Kerajaan PAS Kedah.

PAS juga berkemungkinan besar akan melaksanakan hukuman hudud di Kedah, tetapi tidak dinyatakan sama ada hudud yang dijalankan adakah sama dengan Hudud Palsu yang diperkenalkan di Terengganu dan Kelantan? Tunggulah jawapan daripada PAS. Mengikut rekod hukum hudud yang diperkenalkan di Terengganu menyaksikan murtad dihukum dengan denda RM 5,000 serta 1 tahun penjara sahaja.  Terpulang kepada Kerajaan PAS Kedah untuk melaksanakan sistem perundangan yang dinamakan hudud itu.

Tags: , , , ,