Wajarkah Kanak-Kanak Genius Adiputra Terus Memasuki Universiti?
Posted in PK Semasa on February 6th, 2008 by yiemega

Baru-baru ini kita mendengar berita tentang seorang kanak-kanak genius yang boleh menyelesaikan permasalah Matematik peringkat tinggi telah ditawarkan tempat untuk belajar di sebuah universiti yang bernama Universiti Industri Selangor atau nama ringkasnya Unisel. Persoalanya adakah wajar Adi Putra dihantar ke universiti?
Memang tidak dinafikan Adi Putra begitu pandai dengan Matematik, jadi kemungkinan besar adik Adi Putra belajar Matematik di sekolah biasa akan membuatkan adik Adi Putra merasa bosan. Kerana tahap pembelajaran di Sekolah adalah lebih rendah daripada kejayaanya. Bagi penulis, Adi Putra tetap perlu pergi ke sekolah kerana di sekolah juga tempat yang terbaik untuk mempelajari cara bergaul dan bersosial dengan betul.
Cuba kita bayangkan bagaimana kalau budak sekecil Adi Putra bergaul dengan orang lebih dewasa di dalam kelasnya. Perlu diingatkan walau segenius manapun kanak-kanak adalah tetap kanak-kanak. Mungkin akan berlaku kejutan budaya terhadap Adi Putra memandangkan Adi Putra satu-satunya kanak-kanak di dalam Kuliah Universiti tersebut. Apabila berlaku kejutan budaya terhadap Adi Putra maka berlakulah rakan-rakan sekuliah dengan Adi dan lebih tua daripadanya mempengaruhi untuk membuat perkara-perkara yang boleh merosakkan Adi. Inilah apa yang saya maksudkan dengan “walau segenius mana pun kanak-kanak tetap kanak-kanak”.
Satu lagi perkara yang mungkin akan berlaku ialah Adi Putra akan menghadapi tekanan perasaan dan boleh juga mengakibatkan perkara yang lebih buruk akan berlaku. Tentu anda tertanya-tanya kenapa boleh berlaku tekanan perasaan? Jawapanya ialah Adi adalah satu-satunya pelajar Universiti kanak-kanak di universiti tersebut jadi kemungkinan Adi Putra sukar untuk bergaul dengan penuntut-penuntut yang lebih dewasa dan tak kurang juga penuntut lebih dewasa akan cemburu dengan Adi Putra sekaligus mereka cuba mencari jalan untuk menjatuhkan Adi dengan pelbagai cara.
Bagi penulis, untuk kebaikkan Adik Adi Putra dia perlu juga ke sekolah kerana disitulah tempat yang sesuai untuk mengenal baik dan buruk, cara pergaulan yang betul dan sekaligus mengelakkan Adi Putra tertekan dengan Suasana Pembelajaran di Universiti yang ratanya dimonopoli oleh golongan dewasa.
Penulis cuba mengetengahkan isu ini dalam usaha memastikan kanak-kanak genius ini selamat dan terus kekal genius dan tidak terpengaruh dengan orang lain. Tiada niat sedikitpun untuk menjatuhkan maruah Adi Putra. Penulis hanya cuba membuatkan supaya kedua-dua ibu-bapa Adi memikirkan perkara ini sebelum membuat keputusan.

