Kami Sokong Usaha Tengku Mahkota Kelantan
Posted in PK Kelantan, PK Negeri, PK Semasa on April 21st, 2009 by yiemegaPenulis difahamkan menurut beberapa sumber daripada dalam Istana, Tengku Mahkota Kelantan iaitu Tengku Muhamad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra untuk menyiasat “Penyelewengan” yang dikaitkan dengan “Orang Dalam” Istana yang berselindung disebalik projek-projek tertentu.
Penulis terpanggil untuk memberikan semangat dan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh Tengku Mahkota Kelantan tersebut, apa yang penulis ucapkan padanya ialah Rakyat Kelantan akan bersama Tengku dan menyokong penuh usaha-usaha yang dijalankan oleh Tengku.
Usaha-usaha yang Tengku Jalankan itu adalah satu usaha terbaik untuk membersihkan nama Ayahnda Tengku iaitu Sultan Ismail Petra. Perjuangan Tengku Direstui Rakyat Kelantan, jangan takut, jangan bimbang Kami Rakyat Kelantan akan sentiasa bersama Tengku.
Tengku boleh siasat penyelewengan tersebut dan sekiranya cukup bukti Tengku bolehlah membawa Kes Tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jika usaha-usaha yang dilakukan Tengku menemui Kejayaan, patik pasti satu hari nanti Rakyat Kelantan akan menghargai Perjuangan Tengku sebagai satu Perjuangan yang membela Rakyat Kelantan.
Kami semua berharap Tengku dapat menjalankan usaha-usaha tersebut tanpa rasa takut pada tertuduh, Patik yakin, usaha-usaha Tengku itu bukanlah satu “derhaka”, jadi berjuanglah, kami pacar yang hina akan sentiasa berada di belakang Tengku.
Kabinet Rakyat 2009
Posted in PK Politik, PK Semasa on April 9th, 2009 by yiemega
- Image via Wikipedia
“Kabinet Rakyat” itulah ungkapan yang keluar daripada Perdana Menteri Malaysia yang keenam yang baru sahaja mengangkat sumpah pada Jumaat Lepas. Penulis berharap apa yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Baru tersebut tidak hanya kekal sebagai seindah ungkapan semata-mata.
Perdana Menteri yang keenam itu pada hari ini turut menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh beliau kerana beliau telah beralih ke kerusi Perdana Menteri.
Pada sidang akhbar pengumuman Kabinet Baru juga, DS Najib Tun Razak turut membuat kenyataan bahawa “Era Kerajaan Sentiasa Betul” Sudah Berakhir. Selain itu, beliau turut mengumumkan penubuhan Jabatan Baru untuk menilai prestasi-prestasi Menteri berdasarkan KPI.
DS Najib turut mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi yang dianggotai oleh beberapa orang dan mereka adalah bertaraf menteri. Namun masih belum diketahui siapa yang bakal menganggotai Majlis itu yang berfungsi sebagai Pasukan Khas untuk memulihkan ekonomi negara itu.
Penulis dan Rakyat Malaysia berharap Kabinet Malaysia yang baru dibentuk ini dapat bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, berdedikasi, bersih dan bebas dari Rasuah kerana Era Kerajaan Sentiasa Betul sudah berakhir.
Kepimpinan DS Najib Ditolak Oleh Rakyat di Dua Bukit
Posted in PK Politik, PK Semasa on April 7th, 2009 by yiemega
- Image via Wikipedia
Negara kita yang tercinta baru sahaja Menjalankan Peralihan Kuasa daripada Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Yang kini bergelar Tun Abdullah kepada Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini bergelar Perdana Menteri Ke 6 pada beberapa hari yang lalu.
Pada hari ini Tanggal 7 Julai 2009 berlaku satu lipatan Sejarah di dalam Arena Politik Tanah Air apabila 3 Pilihan Raya Kecil diadakan serentak, Pilihan Raya 2 Bukit 1 Batang itu mendapat perhatian umum.
Pilihan Raya Kecil di DUN Batang Ai nampaknya berpihak kepada Barisan Nasional, namun Pilihan Raya Kecil di 2 Bukit iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau nampaknya berpihak kepada Pembangkang. Ini Menjadikan Pembangkang Menang 2-1.
Keputusan ini menunjukkan bahawa rakyat di 2 Bukit (Bukit Gantang dan Bukit Selambau) tidak mengiktiraf dan tidak merestui kepimpinan DS Najib Tun Razak kerana bagi mereka DS Najib bukan seorang pemimpin yang baik dan jelas sekali Kepimpinan DS Najib ditolak oleh mereka.
DS Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab di dalam Kekalahan Barisan Nasional di dua ‘kerusi panas’ ini kerana kekalahan ini sewaktu beliau telah bergelar Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=7ad9d8f7-d7fd-4e41-8a75-dce49df55b47)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=0caff6f0-df54-49be-b087-a18148e38fa2)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=7fc0b48e-c578-4a44-a2d3-6898397f4f07)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=8e287f7a-9d7a-431a-a296-a7522e79c42a)