Koleksi Gambar Kereta Peronda Polis

Posted in PK Automobil on October 19th, 2009 by yiemega

KERETA Peronda Polis kini banyak Pasukan Polis di seluruh dunia menggunakan kereta mewah dan berkelajuan tinggi, Malaysia juga tidak ketinggalan, apabila Mitshubishi Evo digunakan sebagai Kereta Peronda Polis, artikel blog kali ini ingin berkongsi koleksi gambar-gambar Kereta-Kereta Polis dari seluruh dunia (yang dijumpai gambarnya sahaja)

Mungkin satu hari nanti tak mustahil Polis akan menggunakan Lotus sebagai Kereta Peronda Polis. Memang hebat…dan mengancam, oklah saya tak nak berlengah lagi. Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar Kereta-Kereta Polis Dari Seluruh Dunia:

Itali (Italy / Italia)

Italia - Lamborghini Gallardo, Max Speed 320 km/hour

Jepun ( Japan )

Japan lancer Evo IX max speed 280km/hr

Perancis ( France )

Perancis - Peugeot Sports GT

Bloomfield Hills Police

Porcshe

Malaysia

Malaysia Mitsubishi EVO

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan…

Posted in PK Mimbar, PK Semasa, Salam Penulis on August 24th, 2009 by yiemega

SELAMAT Berpuasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak saya ucapkan kepada semua pembaca blog Pandangan Kita, terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini, bukan kerana tidak mahu mengemaskini blog ini tetapi talian internet di rumah saya sudah tiga hari mengalami kerosakkan setakat ini pun kerja-kerja pemulihan belum lagi selesai.

Bercakap mengenai puasa di Bulan Ramadhan kali ini berlainan daripada tahun lalu apabila saya memilih untuk berbuka puasa di Pasar Wakaf Che Yeh dan bersahur di Padang BAS (Medan Selera Buluh Kubu) Kota Bharu, Kelantan dan selepas Solat Terawikh makan Colek Kerang di Pasar Wakaf Che Yeh.

Alhamdulillah bulan puasa kali ini aku tak kemaruk tengok makanan di Bazaar Ramadhan, seperti tahun lalu, asal tengok je beli, asal beli je tengok mungkin entah kuih-kuih Bazaar Ramadhan kali ini belum dapat menawan selera saya kot. Takpe janji duit saya jimat.

Ok lah saya berharap para pembaca blog ini yang beragama Islam juga berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat anda dan juga saya, Sekian.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Peraduan Belanja Dan Menang Visa Debit…

Posted in PK Peraduan on August 1st, 2009 by yiemega

Kad Debit merupakan salah satu kaedah bayaran yang semakin diterima ramai selepas Kad Kredit. Kad Debit juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Kad Kredit cuma bezanya Kad Debit hanya dapat diguna sekiranya ada sejumlah wang di dalam kad tersebut tetapi kad kredit tidak kerana ia bersifat berhutang dulu bayar kemudian.

Sebagai salah satu Kaedah Pembayaran Semakin Popular, kini Kad Debit sudah popular di kalangan rakyat Malaysia di dalam era e-tunai sekarang ini. Kad Debit merupakan satu cara yang selamat sekiranya beg anda diragut tiada tunai di dalamnya itulah kelebihanya.

Baru-baru ini Salah sebuah syarikat pengendali Visa Debit telah mengadakan satu Peraduan Belanja Dan Menang. Tarikh tutup peraduan ini ialah pada 13 September 2009. Peraduan ini terbuka untuk pemegang kad Debit Yang Dikeluarkan oleh:

Al-Rajhi Bank Debit Card-i

BSN Matrix Visa Electron

BSN Matrix-i Visa Electron

Citibank Visa Debit & ATM Card

Citigold Visa Debit & ATM Card

Maybank

TESCO-RHB

PB Day2Day

PB Visa Electron

Syarat asas peraduan ialah pembelian minima RM 20.00 dan ke atas dalam satu resit. Semakin banyak dibelanja semakin tinggi peluang untuk anda memenanginya. Hadiah utama Peraduan ini ialah Perodua MyVi 1.3 SE.

Untuk keterangan lanjut sila lawati http://www.visagreatbreaks.com/travel/PromoListing?catID=0&promoID=1116&ctryID=MY#1116

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Raja Pop Dunia@Michael Jackson Meninggal Dunia…

Posted in PK Hiburan on June 26th, 2009 by yiemega

Michael Jackson@Raja Pop Dunia

Raja Pop Dunia Michael Jackson telah meninggal dunia disahkan meninggal dunia pada waktu 2.26 petang waktu tempatan dan 2.26 pagi waktu Malaysia sepertimana yang dilaporkan UTUSAN ONLINE.

Artis tersohor yang digelar “Raja Pop Dunia” itu amat popular dan berasal daripada kaum kulit hitam namun beliau telah menjalankan pembedahan plastik dan menghilangkan warna asal kulit bangsa asalnya.

Pemergian Michael Jackson menandakan satu kehilangan besar bagi industri muzik antarabangsa dan hanya yang tinggal nama “Michael Jackson” sahaja dengan karya-karyanya yang diminati oleh seantero dunia. Kini sudah tiada lagi persembahan ‘live’ yang bertenaga daripada Michael Jackson.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Celcom Perkenal Celcom Aircash

Posted in PK Kewangan, PK Niaga on June 7th, 2009 by yiemega

Celcom (Malaysia) Berhad telah melancarkan satu kemudahan baru untuk para pelanggan Celcom. Kini pelanggan celcom boleh menghantar wang ke Indonesia dan juga Dalam negara melalui satu khidmat tambah terbaru yang dilancarkan Celcom.

Celcom Aircash satu perkhidmatan di mana pelanggan yang berdaftar dengan Celcom Aircash berupaya untuk menghantar wang kepada sanak saudara mereka di Indonesia dan juga di dalam negara di samping kemudahan untuk tambah nilai kredit telefon mereka.

Bagi pelanggan Celcom yang berminat boleh dail *133# sekarang untuk mengaktifkan Celcom Air Cash mereka. Penambahan Dana untuk Celcom Aircash boleh dibuat di mana-mana Cawangan Celcom yang terdekat secara percuma dan juga melalui pengedar-pengedar Celcom Air Cash di Seluruh negara dengan sedikit bayaran.

Pengeluaran dana Celcom Aircash boleh dibuat di mana-mana cawangan Celcom terdekat dengan bayaran RM3 untuk satu transaksi. Di masa hadapan Celcom Air Cash akan menawarkan perkhidmatan pembayaran bil untuk kemudahan pelanggan Celcom. Tunggu apa lagi aktifkan Celcom Aircash anda, dimensi baru dalam dunia mobiliti.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Undilah Saya Untuk Pilihan Raya Chief Talker Tune Talk.com

Posted in PK Politik, PK Semasa, Salam Penulis on June 4th, 2009 by yiemega

Undilah Saya Untuk Pilihan Raya Chief Talker Tune Money.com

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat pemakluman bahawa penulis telah menyertai Pilihan Raya untuk Memilih Chief Talk untuk Tune Talk.com. Dengan penyertaan itu bermakna penulis adalah calon untuk Pilihan Raya tersebut.

Penulis meminta jasa baik pengunjung-pengujung blog Suara Generasi Muda Malaysia untuk mengundi penulis sebagai Chief Talk Tune Talk.com. Penulis amat mengalu-alukan kerjasama pembaca-pembaca sekalian.


Bagi memudahkan pihak pembaca Suara Generasi Muda Malaysiapenulis telah menggariskan beberapa manifesto penulis untuk memenangi Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com:
Manifesto Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com Penulis:

  1. Mendermakan seberapa banyak komputer untuk kegunaan anak-anak yatim di
    1. rumah-rumah anak yatim yang terpilih.
    2. Membuat seberapa banyak programpendedahan Teknologi Maklumat kepada anak-anak yatim di rumah-rumah anak yatim yangterpilih.
    3. Melaksanakan Program untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak yatim seperti program motivasi, kem jati diri dan seumpama denganya.
    4. Membuat sumbangan kepada beberapa orang anak yatim yang tidak tinggal di rumah anak yatim dan keluarganya kurang berkemampuan.
    5. Mengembalikan anak-anak yatim yang tercicir dari Pelajaran kerana desakkan hidup ke alam persekolahan dengan bantuan kewangan daripada penulis.
    6. Memberi perhatian khusus kepada anak-anak yatim yang bersekolah di sekolah harian biasa untuk mempertingkan prestasi pencapaian akademik mereka.
    7. Membantu keluarga-keluarga anak yatim dengan bantuanyang sewajarnya dan lebih kepada ‘memberi pancing’ dan bukanya ‘memberi ikan’ sebagaimana yang selalu dibuat oleh orang sebelum ini.
    “UNDILAH SAYA UNTUK KEBAJIKAN”
    “SATU UNDI UNTUK ANAK YATIM”

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

Tindak-tanduk biadab Hindraf ancam negara – Perkasa

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 20th, 2009 by yiemega

Tindak-tanduk biadab pertubuhan haram Hindraf jika tidak dihentikan segera dikhuatiri akan membawa kepada permasalahan keselamatan negara yang lebih besar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau telah menyampaikan kebimbangan itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dalam pertemuan hampir dua jam hari ini.

“Hindraf ini satu kumpulan kecil rakyat Malaysia yang rasa diri mereka cukup hebat, mereka rasa jika dibakar pun tak hangus, mereka rasa kebal dari segi undang-undang dan mereka buat macam-macam manakala kita majoriti rakyat sedang melihat sahaja.

“Kita beritahu kepada Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis, jangan sampai rakyat lain juga tidak menghormati undang-undang dan kalau ini berlaku maknanya negara kita tidak akan selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan itu di Bukit Aman di sini hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

Tambah Ibrahim, Uthayakumar perlu menghormati institusi polis dan kaum lain di negara ini.

“Bukan Uthayakumar sahaja penduduk Malaysia, saya pun penduduk negara ini. Saya orang Melayu, penduduk asal negara ini, tentu terasa bila beliau membuat kenyataan mencabar institusi yang kita beri kepercayaan untuk menjaga keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain Hindraf, beliau juga berbincang mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tindakan Majlis Peguam meluluskan usul mendesak Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan kerana dikatakan menahan lima peguam secara salah.

Katanya, dalam isu Majlis Peguam itu, perbincangan mendalam dengan pihak polis mendedahkan bahawa jabatan itu telah bertindak dengan tepat dan profesional.

“Oleh itu kita mengecam sekeras-kerasnya Majlis Peguam meluluskan usul agar Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan,” katanya.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Info Chikugunya

Posted in PK Petua, PK Semasa on May 16th, 2009 by yiemega

Sejenis Penyakit berjangkit yang disebabkan virus chikugunya melalui nyamuk aedes. Aedes juga membawa penyakit denggi. Di Malaysia Chikugunya tidak pernah dilaporkan menyebabkan pendarahan atau kematian. Kebanyakkan pesakit mengalami simptom tidak berlarutan dan sembuh sepenuhnya.

Pesakit akan mendapat imuniti sepanjang hayat selepas dijangkiti “Chikugunya”, tetapi sebahagian pesakit yang berumur boleh mengalami gejala sakit sendi yang berpanjangan lebih lama dari kebiasaan.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Kami Sokong Usaha Tengku Mahkota Kelantan

Posted in PK Kelantan, PK Negeri, PK Semasa on April 21st, 2009 by yiemega

Penulis difahamkan menurut beberapa sumber daripada dalam Istana, Tengku Mahkota Kelantan iaitu Tengku Muhamad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra untuk menyiasat “Penyelewengan” yang dikaitkan dengan “Orang Dalam” Istana yang berselindung disebalik projek-projek tertentu.

Penulis terpanggil untuk memberikan semangat dan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh Tengku Mahkota Kelantan tersebut, apa yang penulis ucapkan padanya ialah Rakyat Kelantan akan bersama Tengku dan menyokong penuh usaha-usaha yang dijalankan oleh Tengku.

Usaha-usaha yang Tengku Jalankan itu adalah satu usaha terbaik untuk membersihkan nama Ayahnda Tengku iaitu Sultan Ismail Petra. Perjuangan Tengku Direstui Rakyat Kelantan, jangan takut, jangan bimbang Kami Rakyat Kelantan akan sentiasa bersama Tengku.

Tengku boleh siasat penyelewengan tersebut dan sekiranya cukup bukti Tengku bolehlah membawa Kes Tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika usaha-usaha yang dilakukan Tengku menemui Kejayaan, patik pasti satu hari nanti Rakyat Kelantan akan menghargai Perjuangan Tengku sebagai satu Perjuangan yang membela Rakyat Kelantan.

Kami semua berharap Tengku dapat menjalankan usaha-usaha tersebut tanpa rasa takut pada tertuduh, Patik yakin, usaha-usaha Tengku itu bukanlah satu “derhaka”, jadi berjuanglah, kami pacar yang hina akan sentiasa berada di belakang Tengku.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Kabinet Rakyat 2009

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 9th, 2009 by yiemega

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...
Image via Wikipedia

“Kabinet Rakyat” itulah ungkapan yang keluar daripada Perdana Menteri Malaysia yang keenam yang baru sahaja mengangkat sumpah pada Jumaat Lepas. Penulis berharap apa yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Baru tersebut tidak hanya kekal sebagai seindah ungkapan semata-mata.

Perdana Menteri yang keenam itu pada hari ini turut menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh beliau kerana beliau telah beralih ke kerusi Perdana Menteri.

Pada sidang akhbar pengumuman Kabinet Baru juga, DS Najib Tun Razak turut membuat kenyataan bahawa “Era Kerajaan Sentiasa Betul” Sudah Berakhir. Selain itu, beliau turut mengumumkan penubuhan Jabatan Baru untuk menilai prestasi-prestasi Menteri berdasarkan KPI.

DS Najib turut mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi yang dianggotai oleh beberapa orang dan mereka adalah bertaraf menteri. Namun masih belum diketahui siapa yang bakal menganggotai Majlis itu yang berfungsi sebagai Pasukan Khas untuk memulihkan ekonomi negara itu.

Penulis dan Rakyat Malaysia berharap Kabinet Malaysia yang baru dibentuk ini dapat bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, berdedikasi, bersih dan bebas dari Rasuah kerana Era Kerajaan Sentiasa Betul sudah berakhir.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,