Menanti Saat Peralihan Kuasa !!!

Posted in PK Politik, PK Semasa on March 17th, 2009 by yiemega

“Peralihan Kuasa” itulah ungkapan yang kembali popular pada bulan ini. Ungkapan tersebut menjadi popular kerana pada bulan ini yakni Mac 2009 dijangka akan berlaku peralihan kuasa daripada Perdana Menteri sekarang kepada Perdana Menteri Sedang Menunggu yakni Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan Agung UMNO juga yang dijangka diadakan pada bulan ini juga turut ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia untuk menantikan kesudahan cerita “Peralihan Kuasa” ini. “Peralihan Kuasa” sebelum ini pernah menjadi perbualan hangat beberapa bulan lalu apabila berlaku tuntutan supaya Perdana Menteri sekarang iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang digelar “Pak Lah” oleh rakyat Malaysia.

Penulis percaya para penganalisis politik tanah air memang ternanti-nantikan apakah kesudahan yang berlaku dengan “Peralihan Kuasa” yang sering diwar-warkan oleh Pak Lah. Adakah “Peralihan Kuasa” ini akan menjadi realiti ataupun hanya sekadar bertanam tebu di pinggir  bibir sahaja.

Dalam politik jatuh dan bangun sudah menjadi sebati dengan ahli-ahli politik. Mereka yang ingin terjun ke dalam bidang politik hendaklah bersedia menghadapi ’sepak terajang’ politik. Penulis masih ingat ungkapan bapa penulis yang berbunyi “Politik itu Kotor”. Memang benar politik itu kotor, bapa penulis adalah salah seorang mangsa kekotoran politik. Walaupun Bapa Penulis hanyalah ketua di salah sebuah cawangan PAS di Terengganu namun persaingan sengit turut berlaku di peringkat cawangan dan seorang Ahli Pas yang beraliran Profesional telah berjaya menjatuhkan bapa saya dengan menggunakan taktik kotor.

Bapa penulis adalah seorang ahli PAS yang sealiran dengan Geng Ulama’, seperti mana yang kita tahu geng Profesional tidak sehaluan dengan “Geng Profesional”. “Geng Profesional” yang juga digelar Ahli PAS Celup oleh segelintir ahli PAS ini juga berbeza corak perjuanganya dengan “Geng Ulama”.

Jadi ingatlah tiada benda yang mustahil di dalam dunia sepak terajang politik ini. Pangkat dan Darjat tidak akan kekal selama-lamanya kerana setiap yang hidup pasti mati, setiap yang berpangkat satu masa nanti akan kehilangan pangkatnya. Jadi berhati-hatilah.

Tags: , , , , , , , , , , ,

Jatuh Bangun Semula

Posted in PK Politik, PK Semasa on September 11th, 2008 by yiemega

Dipetik dari:
http://www.besutlonih.com

“Jatuh Bangun Semula” dipilih menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini, ungkapan ini walaupun ianya sekadar tiga perkataan namun perananya tetap besar terhadap seorang yang melalui liku-liku untuk menggapai kejayaan di puncak kegemilangan. Semangat ini sebenarnya telah ditunjukkan oleh Allah tuhan seru sekian alam terhadap umatnya melalui semangat kanak-kanak yang baru belajar bertatih. Sepertimana kita maklum, “setiap benda yang berlaku di atas muka bumi ini sudah tentu ada hikmahnya” kerana Allah tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia. Cuba kita lihat betapa semangatnya ‘kanak-kanak yang baru belajar bertatih untuk mencapai kejayaan iaitu ‘boleh berjalan’ walaupun ia terjatuh tetapi ia bangun semula untuk meneruskan kejayaanya sebagai kanak-kanak yang boleh berjalan tanpa bantuan ‘alat bantu berjalan’.

Begitulah semangat ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak yang belajar bertatih. Kita sebagai dewasa hendaklah mencotohi kanak-kanak tersebut. Namun, artikel penulis kali ini bukanlah bermaksud untuk bercerita mengenai ‘usaha kanak-kanak bertatih’ tetapi lebih kepada senario politik pada masakini sesuai dengan desas-desus Pakatan Dua Negarawan ulung dan seorang pemimpin iaitu Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh fan Tan Sri Muhyidin Yasin.

Sebagai ahli politik yang pernah berkhidmat di dalam beberapa era pemerintahan, sudah tentu Tengku Razaleigh a.k.a Ku Li telah banyak belajar tentang ‘asam garam, pasang surut, timbul tenggelam politik’. Sebagai orang yang pernah ‘jatuh’ satu ketika dulu menjadikan beliau ‘dewasa’ dengan sepak terajang politik. Boleh dikatakan dia telah bangun semula dari jatuh.

Sebagai orang yang begitu arif dengan ekonomi, ia mencerahkan peluang Ku Li untuk memenangi Jawatan Presiden UMNO yang ditandinginya pada tahun ini. Tambahan pula, ia didokong oleh tiga kelompok besar UMNO iaitu Kelompok Timur, Kelompok Selatan dan Kelompok Utara.

‘Jatuh Bangun Semula’ itulah yang penulis boleh ungkapkan kepada Ku Li pada kali ini walaupun Pak Lah cuba melindungi jawatan itu dengan ‘tata etika UMNO 2008′ walaupun dia sendiri yang mengikarinya. Namun, bak kata orang Ku Li tetap meneruskan usahanya ‘Patah sayap, paruh dia tongkatkan’. Lagipun kata-kata keramat yang sentiasa dipegang oleh pejuang-pejuang Melayu iaitu “Pantang Melayu Berundur Sebelum Beradu” benar-benar mengibarkan semangatnya yang bekobar-kobar itu.

Penulis berharap agar perjuangan Ku Li tersebut mendapat perhatian ahli UMNO, semangat “Berani Berubah’ hendaklah ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO. Laungan-laungan ‘Perubahan’ hendaklah berada di setiap hati sanubari seorang manusia yang bergelar ahli UMNO akar umbi ataupun Marhaen.

Akhir kalam, “Allah tuhan seru sekian alam tidak mengubah nasib sesuatu bangsa, melainkan bangsa itu yang mengubahnya”. Biarkan diri anda berani untuk berubah demi masa depan UMNO yang gemilang bukanya temberang.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Satu Tiang Perjuangan UMNO sudah tumbang semasa era Pak Lah

Posted in PK Politik, PK Semasa on September 10th, 2008 by yiemega

dipetik dari:
http://www.suaragenerasimuda.com

Sepertimana yang kita tahu, kenyataan Ketua UMNO Bukit Bendera iaitu Datuk Ahmad Ismail yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan beliau difitnah sebagai ‘Racist’ oleh bangsa lain yang membawa kepada tindakan penggantungan beliau selama tiga tahun ialah merupakan satu kezaliman yang telah dibuat terhadap Ketua UMNO Bukit Bendera itu.

Para pembaca yang budiman, sekiranya anda semua masih ingat ‘tiang-tiang perjuangan’ asal UMNO yang dikemukakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Mesyuarat Agung Khas UMNO Gua Musang beberapa bulan yang lalu. Terdapat tiga tiang perjuangan UMNO apabila ia diringkaskan menjadi ‘Alif, Ba, Ta’.

Tidak perlu penulis jelaskan mengenai Alif dan Ta kerana penulis telah jelaskan dalam beberapa artikel penulis sebelum ini, kali ini penulis lebih berminat untuk bercerita mengenai tiang perjuangan UMNO yang dinamakan ‘Ba’ atau dengan lebih tepat lagi Bangsa Melayu.

Mempertahankan hak bangsa Melayu merupakan salah satu tujuan UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 di Istana Johor. Sebagai salah sebuah parti yang mewakili suara-suara orang Melayu memang sepatutnya ia mempertahankan orang Melayu.

Namun, sepertimana kata Iklan sebuah akhbar di televisyen “Zaman sudah berubah, dunia sudah maju” tiang BA yang menjadi salah satu tiang perjuangan UMNO sudah patah. Ini berikutan dengan tindakan penggantungan Ketua UMNO Bukit Bendera yang sememangnya bangsa Melayu selalu tiga tahun kerana pucuk pimpinan UMNO ketika ini sudah menjadi ‘boneka’ bangsa lain.

Dengan tindakan itu, jelas sekali UMNO tidak lagi mempertahankan nasib bangsa Melayu tetapi mengutamakan bangsa lain. Penulis berpendapat perkara ini terjadi kerana ‘kelemahan pucuk pimpinan UMNO’ dan pada masa yang sama penulis merasakan bagi mengelakkan permasalahan ini menjadi semakin runcing. Penulis juga menggesa agar Pemilihan Agung UMNO dipercepatkan.

KEGAGALAN MKT UMNO MEMBINCANGKAN KEMASUKKAN SEMULA TUN DR. MAHATHIR

Sepertimana yang kita maklum mantan Perdana Menteri yang juga mantan Presiden UMNO telah menyatakan kesediaanya untuk bersama dengan UMNO, namun perkara itu tidak dibincangkan oleh MKT UMNO kerana sepertimana yang saya kata UMNO sekarang lebih mementingkan bangsa lain.

Pernah anda ingat, bagaimana bekas Ketua Pemuda PKR yang ingin menyertai semula UMNO beberapa bulan yang lalu, kemasukkan beliau boleh diibaratkan umpama dihamparkan ‘karpet merah’ oleh Presiden AAB. Satu Mesyuarat MKT Khas diadakan untuk membincangkan kemasukkan beliau yang pernah bergelar ‘Pengkhianat UMNO’ tetapi apabila orang yang banyak jasanya kepada UMNO mahu kembali kepangkuan UMNO ia seolah-olah diberi layanan yang ‘dingin’ oleh Presiden AAB boleh dikatakan ’seperti Pak Lah melepaskan batuk ditangga sahaja’

Orang yang pernah memaki hamun UMNO diberi layanan seperti bidadari di syurga, tetapi orang yang pernah berjasa kepada UMNO diberi layanan seperti ‘pengemis jalanan’, jelas sekali pada masa ini Presiden AAB lebih mementingkan kedudukan berbanding ‘perjuangan’ UMNO.

Pemimpin seperti inilah perlu dibuang segera kerana ia bakal membuatkan UMNO rebah di pintu neraka. Ahli-ahli UMNO hendaklah membuat pertimbangan yang sewajarnya bagi menjamin UMNO terus relevan. Beranilah Berubah (meminjam cogankata Datuk Mukhriz) dan Fikir-Fikirkanlah.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Video Ucapan Ku Li @ EGM UMNO Gua Musang

Posted in PK Politik, PK Semasa on September 9th, 2008 by yiemega

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Bahagian 4

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,