Kabinet Rakyat 2009

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 9th, 2009 by yiemega

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...
Image via Wikipedia

“Kabinet Rakyat” itulah ungkapan yang keluar daripada Perdana Menteri Malaysia yang keenam yang baru sahaja mengangkat sumpah pada Jumaat Lepas. Penulis berharap apa yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Baru tersebut tidak hanya kekal sebagai seindah ungkapan semata-mata.

Perdana Menteri yang keenam itu pada hari ini turut menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh beliau kerana beliau telah beralih ke kerusi Perdana Menteri.

Pada sidang akhbar pengumuman Kabinet Baru juga, DS Najib Tun Razak turut membuat kenyataan bahawa “Era Kerajaan Sentiasa Betul” Sudah Berakhir. Selain itu, beliau turut mengumumkan penubuhan Jabatan Baru untuk menilai prestasi-prestasi Menteri berdasarkan KPI.

DS Najib turut mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi yang dianggotai oleh beberapa orang dan mereka adalah bertaraf menteri. Namun masih belum diketahui siapa yang bakal menganggotai Majlis itu yang berfungsi sebagai Pasukan Khas untuk memulihkan ekonomi negara itu.

Penulis dan Rakyat Malaysia berharap Kabinet Malaysia yang baru dibentuk ini dapat bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, berdedikasi, bersih dan bebas dari Rasuah kerana Era Kerajaan Sentiasa Betul sudah berakhir.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Kepimpinan DS Najib Ditolak Oleh Rakyat di Dua Bukit

Posted in PK Politik, PK Semasa on April 7th, 2009 by yiemega

Najib Tun Razak, Deputy Prime Minister of Mala...
Image via Wikipedia

Negara kita yang tercinta baru sahaja Menjalankan Peralihan Kuasa daripada Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Yang kini bergelar Tun Abdullah  kepada Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini bergelar Perdana Menteri Ke 6 pada beberapa hari yang lalu.

Pada hari ini Tanggal 7 Julai 2009 berlaku satu lipatan Sejarah di dalam Arena Politik Tanah Air apabila 3 Pilihan Raya Kecil diadakan serentak, Pilihan Raya 2 Bukit 1 Batang itu mendapat perhatian umum.

Pilihan Raya Kecil di DUN Batang Ai nampaknya berpihak kepada Barisan Nasional, namun Pilihan Raya Kecil di 2 Bukit iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau nampaknya berpihak kepada Pembangkang. Ini Menjadikan Pembangkang Menang 2-1.

Keputusan ini menunjukkan bahawa rakyat di 2 Bukit (Bukit Gantang dan Bukit Selambau) tidak mengiktiraf dan tidak merestui kepimpinan DS Najib Tun Razak kerana bagi mereka DS Najib bukan seorang pemimpin yang baik dan jelas sekali Kepimpinan DS Najib ditolak oleh mereka.

DS Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab di dalam Kekalahan Barisan Nasional di dua ‘kerusi panas’ ini kerana kekalahan ini sewaktu beliau telah bergelar Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Rombakan Kabinet Dalam Masa Terdekat?

Posted in PK Politik, PK Semasa on November 14th, 2008 by yiemega

After Abdullah Ahmad Badawi succeeded Mahathir...

Image via Wikipedia

Umum telah mengetahui bahawa DS Najib Tun Razak telah diistiharkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO yang baru menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lebih dikenali dengan nama ‘Pak Lah‘ atau penulis lebih gemar memanggilnya ‘Presiden AAB’.

Pasti ramai orang mengandaikan bahawa Mac 2009 ini merupakan ‘hari-hari terakhir seorang PM Bernama ‘Pak Lah’ atau Presiden AAB itu, walaubagaimanapun kita tidak boleh terlalu yakin terhadapnya kerana ‘manusia hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukanya.’

Kita tinggalkan isu Pemilihan UMNO kita kembali semula kepada topik utama yang penulis ingin bincangkan di dalam artikel penulis kali ini iaitu ‘Rombakan Kabinet’, bercakap mengenai kabinet, bukan kabinet dapur yang penulis maksudkan tetapi kabinet di sini ialah Menteri-Menteri yang menerajui Kementerian dengan khabarnya dalam masa terdekat ini akan ada satu rombakan kabinet besar-besaran tetapi setakat ini ianya baru boleh disifat ‘khabar angin’ dan tidak boleh lagi disahkan, namun bak kata pepatah ” Kalau tak ada angin masakkan pokok bergoyang”

Jadi kita nantikan kesudahan khabar angin ini adakah ia hanyalah sekadar angin yang dibawa oleh bayu dan hanya untuk menghembus hawa dingin kepada diri kita sahaja ataupun ianya adalah angin yang bakal membakar kemarahan kita, kita tunggu dan lihat sahaja.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,