Peraduan Belanja Dan Menang Visa Debit…

Posted in PK Peraduan on August 1st, 2009 by yiemega

Kad Debit merupakan salah satu kaedah bayaran yang semakin diterima ramai selepas Kad Kredit. Kad Debit juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Kad Kredit cuma bezanya Kad Debit hanya dapat diguna sekiranya ada sejumlah wang di dalam kad tersebut tetapi kad kredit tidak kerana ia bersifat berhutang dulu bayar kemudian.

Sebagai salah satu Kaedah Pembayaran Semakin Popular, kini Kad Debit sudah popular di kalangan rakyat Malaysia di dalam era e-tunai sekarang ini. Kad Debit merupakan satu cara yang selamat sekiranya beg anda diragut tiada tunai di dalamnya itulah kelebihanya.

Baru-baru ini Salah sebuah syarikat pengendali Visa Debit telah mengadakan satu Peraduan Belanja Dan Menang. Tarikh tutup peraduan ini ialah pada 13 September 2009. Peraduan ini terbuka untuk pemegang kad Debit Yang Dikeluarkan oleh:

Al-Rajhi Bank Debit Card-i

BSN Matrix Visa Electron

BSN Matrix-i Visa Electron

Citibank Visa Debit & ATM Card

Citigold Visa Debit & ATM Card

Maybank

TESCO-RHB

PB Day2Day

PB Visa Electron

Syarat asas peraduan ialah pembelian minima RM 20.00 dan ke atas dalam satu resit. Semakin banyak dibelanja semakin tinggi peluang untuk anda memenanginya. Hadiah utama Peraduan ini ialah Perodua MyVi 1.3 SE.

Untuk keterangan lanjut sila lawati http://www.visagreatbreaks.com/travel/PromoListing?catID=0&promoID=1116&ctryID=MY#1116

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , , ,

BIKINI PALING SEKSI DI DUNIA

Posted in PK GAMBAR LUCU on June 25th, 2009 by yiemega

BIKINI PALING SEKSI DI DUNIA

Gambar di atas ni lah yang menunjukkan Model yang tidak popular itu meperagakan Bikini Paling Seksi di Dunia itu.

Menarik Tak? Katanya bikini ini diperbuat daripada Beg Plastik aje, murahnya je kos untuk membuatnya bagi sesiapa yang gemar berjimat boleh lah cuba buat sekarang..hehehe…

P/S: Sesiapa yang jadi ibu dan bapa kepada model ini ternyata mereka patut bersyukur kerana anaknya pandai berjimat…..apa yang penting………..jiiiiiiiiiiiiiiiimmmmmaaattttt.

Credit Kepada Penyumbang Gambar

Vexed (Fewett Forrumer)

Link Asal:
http://forum.fewett.org/index.php?showtopic=7065

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,

Tindak-tanduk biadab Hindraf ancam negara – Perkasa

Posted in PK Politik, PK Semasa on May 20th, 2009 by yiemega

Tindak-tanduk biadab pertubuhan haram Hindraf jika tidak dihentikan segera dikhuatiri akan membawa kepada permasalahan keselamatan negara yang lebih besar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau telah menyampaikan kebimbangan itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dalam pertemuan hampir dua jam hari ini.

“Hindraf ini satu kumpulan kecil rakyat Malaysia yang rasa diri mereka cukup hebat, mereka rasa jika dibakar pun tak hangus, mereka rasa kebal dari segi undang-undang dan mereka buat macam-macam manakala kita majoriti rakyat sedang melihat sahaja.

“Kita beritahu kepada Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis, jangan sampai rakyat lain juga tidak menghormati undang-undang dan kalau ini berlaku maknanya negara kita tidak akan selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan itu di Bukit Aman di sini hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

Tambah Ibrahim, Uthayakumar perlu menghormati institusi polis dan kaum lain di negara ini.

“Bukan Uthayakumar sahaja penduduk Malaysia, saya pun penduduk negara ini. Saya orang Melayu, penduduk asal negara ini, tentu terasa bila beliau membuat kenyataan mencabar institusi yang kita beri kepercayaan untuk menjaga keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain Hindraf, beliau juga berbincang mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tindakan Majlis Peguam meluluskan usul mendesak Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan kerana dikatakan menahan lima peguam secara salah.

Katanya, dalam isu Majlis Peguam itu, perbincangan mendalam dengan pihak polis mendedahkan bahawa jabatan itu telah bertindak dengan tepat dan profesional.

“Oleh itu kita mengecam sekeras-kerasnya Majlis Peguam meluluskan usul agar Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan,” katanya.

Reblog this post [with Zemanta]
Tags: , , , , , , ,